Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 12, 2016

Baby nombor 2 @ Akmal ke-4

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah.... 17 April 2016 hari ahad jam 8.15 mlm puteri keduaku selamat lahir ke dunia dgn berat 2.9 kg.

pagi tu dalam pukul 9 mula turun darah sikit-sikit. kebetulan hari tu memang tarikh due so memang ada cek up dgn Dr Ramesh. aku cakap dengan husband petang sikitlah baru pergi hosital sebab takde rasa sakit@contraction pun.

Dalam pukul 4 ptg aku pun ke hospital dgn husband. wasim tinggal kat rumah dgn nenek atok. beg baby and beg aku bawak siap-siap sebab manalah tahu kot-kot sampai sana dah boleh bersalinkan. hehe. Doktor cek VE tengok dah buka 3 cm. doktor kata dia tolong buka jalan sekali. haha macam seram je dengar. masa scan pula baby semua nampak ok so doktor suruh balik dulu tunggu  bila dah sakit baru terus ke emergency. mungkin hari ni atau esok boleh bersalin. atau mungkin juga ambil masa 2  3 hari lg katanya.

baliklah semula ke rumah. masa on the way balik, tiba-tiba aku rasa macam panas je tempat duduk aku. oh tidak...dalam nada separa menjerit " air ketuban pecah kottt abg!!!".haha gelabah laki bini dalam kereta. sebab kitorang dah nak sampai rumah jadi macam eh nak patah balik hospital ke acane. jadi aku cepat-cepat call doktor.  doktor dengan relaksnya cakap takpe kita ikut plan tadi. ada rasa sakit tros ke emergency. okeh aku pun bertenang tarik nafas dan relaks je masuk rumah bagitau ibu air ketuban dah pecah tapi belum sakit lagi.


tengok jam masa tu pukul 5 ptg terus solat asar dulu. sempat jugak surah maryam sedas. masa ni husband nampak sgtlah gelabahnya. surah maryam x habis lg ni dah disuruh berhenti. haha adoi ai geli hati pun ada. aku bukan buat berani tapi sbb dah call doktor tadikan dia suruh tunggu rasa sakit. lgpun masa tu aku rasa yakin yang kejap lagi mesti sakit tu datang. based  baca pengalaman org lain la.. bila air ketuban pecah tak lama lepas tu mesti mula rasa sakit. ibu pula cepat-cepat masak kat dapur nak bagi aku makan dulu sebelum pergi hospital semula. dulu masa bersalinkan wasim pun macam tu juga. ibulah yang sibuk siapkan makanan untuk aku supaya nanti masa bersalin ada tenaga nak push. memang bertenaga sungguh kau masa dalam labor tuh.hehe


dalam pukul 6 ptg macam tu rasa sakit tu dah mula dalam selang 5-10 minit sekali. tapi sakit manja2 je boleh layan tekak makan nasi lagi. pukul 6.30 ptg aku gerak ke hospital dengan husband dulu. ibu abah bawa wasim kemudian. bila sampai emergency nurse ambil darah and call Dr Ramesh. masa tu aku sorang je pesakit kat emergency. jadi ramailah nurse yang incharge. yang ambil darah sorang je yang lain tu sibuk interview aku macam-macam. haha hilang sikit nervous masa tu.

sebelum masuk labour room hati ni sebak bila tengok wasim duduk elok je dengan ibu abah. dia takde pula merengek nak mama. bila aku panggil baru dia dtg kat aku tunjuk belon yang dia dapat . dia macam paham mama sakit and kejap lagi dah nak jadi abang.


pak ngah pun ada teman abang wasim kat luar


pukul 7 aku masuk labor tukar baju. kali ni berpeluang pakai seluar mama pride. banyak pahala siapa yang cipta seluar ni. kurang-kurang tertutup juga bahagian-bahagian aurat ibu yang bersalin. bukan semua orang dapat bersalin dengan doktor perempuan. macam aku dua-dua anak doktor lelaki yang sambut. mintak-mintak anak ketiga nanti dapatlah jumpa doktor perempuan. lepas tukar baju aku pergi tandas dulu sebelum ctg dipasang. masa tu contraction makin kuat. VE dah buka 5 cm. ibu abah maryam (adik ipar) bergilir2 masuk bg kata semangat.


aku rasa bersalin kali ni ada betul sikit cara pernafasan tu. bila contraction dtg tarik nafas dalam2 sedalamnya.memang rasa sakit tu kurang sikit. aku tengok jam pukul 7.40. contraction yang maha hebat dah datang. makin lama makin rasa nak buang air besar sangat-sangat. sebab dah tak tahan sangat aku tanya bidan boleh teran tak bila rasa nak buang air besar tu dtg. bidan pun seluk dan dia dah rasa kepala baby. ok Dr Ramesh pun sampai. dia terus bg green light utk push. tarik nafas dalam2 terus teran selama yang boleh. kali pertama dlm kiraan 10 baru nampak kepala sikit. kali kedua aku nekad nak kasi baby keluar jugak jadi tempoh teran yang kedua aku panjangkan. kalau xsilap dalam 20 kiraan lbh. husband yang tolong kira. aku dengar doktor kata " ok very good. ya ya lagi sikit saja. ibu pandai" . haha aku boleh rasa kepala baby keluar lepas tu badan dia. leganya tak terkata...baby terus diletakkan kat dada aku sambil tali pusat dipotong. syukur... amboi baby suara dia melalak punya kuat sampai atok n nenek kat luar boleh dengar. mata pulak terkelip-kelip pandang sekeliling eh.

husband kata macam senang je kali kedua ni. wah2 sedapnya cakap. sakit dia sama macam yang kali pertama. cuma tempoh sakit contraction je yang pendek. alhamdulillah. dalam pukul 10 pm nurse tolak masuk ward.dari awal aku request nak full breast feed baby so selang 3 jam sekali nurse hantar baby untuk menyusu. kali pertama menyusu masa dalam labour room tadi sementara tunggu nak masuk ward. oh kali ni takde drip tapi luka jahit ada. cantik lurus je jahitannya bak kata nurse yang dtg melawat kat rumah.haha macam tula cerita bersalin anak kedua.



pantang dengar adik bunyi sikit terus datang cakap " abang ada..." (>_<)
hari ke-7 cukur rambut terus sekali bagi nama
ADRA NUR AKMAL BT MUHAMMAD AKMAL
yang mengetahui cahaya kesempurnaan
adaghaa... bak kata wasim




No comments:

Post a Comment