Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 31, 2015

wrap up 2015

bismillahirrahmanirrahim...

masyaAllah tak sangka dah setahun tak singgah sini. last post 2014. haha sibuk mengalahkan menteri almaklum. 

Januari

kereta masuk longkang sekolah. haha nasib baik staf lain tak balik lagi. berpeluh-peluh nak tolak keluar tayar kereta. syukur semuanya ok. 


adik aku dapat baby girl. Khadijah Sofiyyah nama diberi. untunglah berpantang xde orang tua. haha boleh makan main taramkan. baby dah nak sebulan baru nak pantang sebab ibu abah p jengah kat arab.


Februari

wasim dah 1 tahun 3 bulan. . joget2 sambil tgk video@lagu tu memang kesukaan dia. *gambar ni tengah excited nak blk kedah walaupun jam dia perghhh. cuti raya cina.


Mac

other half dah habis kadet. yay.. hujung bulan posting. boleh tarik nafas sikit. tapi tetap pjj.  melaka putrajaya apede hal bukan kena seberang laut....huhu


April


wasim pergi zoo melaka kali kedua. haha


Mei


wasim kali pertama mandi sungai. Janda Baik. ini lepas banyak kali fikir baru berani. haha mak2 sangat risau itu ini. apa2 pun semua ok. alhamdulillah.



wasim ikut nenek pergi Hari Keluarga sekolah. mama kena pergi sekolah.johor melaka tak sama cuti oi



Jun


Anjang Pah belanja mandi kat Wonderland!!! untunglah....



 itu budakkan kalau boleh dia nak tido kat situ.  tak nak pergi tempat lain. mengamok. 1st time tengok anak mengamok macam itu.



opsss... rumahku masuk air!!! tiba2 je. pengsan mengemas memalam. dah tentu malam anak da tido.


Julai


 anak tak sihat menjelang raya. kita duduk rumah je layan cirit birit muntah & ragam




haaa masa ni.. anak betul2 meragam. mungkin sbb masih belum sihat. dah nak kena dukung memanjang. satu hari melalak tak senyap sampai bawa pergi shopping mandi kat sana. haha tula dia punya wajah yang eeiii nak gigit je rasa. habit hisap jari tu belum nampak pengakhirannya. I macam dah ikut kaula nak. ;)


Ogos


badan abang wasim makin susut. kesan dari tahap kesihatan yang kurang baik agak lama pada masa yang sama selera makan tenggelam timbul. dia punya meragam pun tak yah cakaplah. sabar sabar sabar. rupanya dia dapat rasa mama nak ada baby lain. memang macam tu kan...



September





tak tahulah nak cakap macam mana ni. pengasuh kata mungkin dia terjatuh masa bermain dengan kawan. MUNGKIN???? takkan tak dengar anak I menangis ke melalak ke. huhu mulalah curiga itu datang.



haha ini dia sambungan meragam abang wasim. tu baru lepas mengamuk dalam mall sambung pulak dalam kereta.  hehehe hai anak hai anak

Oktober


other half convo. 1st time merasa pakai baju tu. kesian U. hek3


November



alamak.. ini budah pergi zoo melaka lagilah. tapi dengan nenek & atok pulak. mama sekolah. huhuhu





haha disebabkan abang wasim susah mahu kasi tidur. itu buai kasi pasang semula. haaa senang semua orang.


Disember


ummi & abi budak debab tu dah balik for good. insyllh. hoi sama bosar je tengok ha. nenek tak larat nak dokong dah tu. alhamdulillah cucu kedua dah balik tak delah nenek rindu abang wasim nanti. sebab papa wasim dah dapat tukar Melaka. syukur ya Allah. hampir 4 tahun berjauhan. akhirnya...





....our petit family....

mudah-mudahan tahun depan I boleh jadi mama yang sabar dengan anak-anak, isteri yang baik pada suami, anak dan menantu yang lebih matang (>_<) dan hambaMu yang lebih beriman. :)


the end
Selamat Tahun Baru !!!!




2 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    ReplyDelete