Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 29, 2014

cara nak masuk api dan air di rumah

bismillahirrahmanirrahim......


fuh fuh fuh. berhabuknyeeee.... hehe. xlama lagi dah nak masuk bulan puasa. dah boleh kemas rumah sikit-sikit ni. maklumlah tahun ni dah bertiga. takut tak sempat. hari-hari sibuk.(haha. kepoh. org lain pun ada anak. lagi ramai. rilek je) 

bukan apa, ni kali pertama menguruskan anak sendiri, rumah sendiri, laki dah tentulah sendiri punyakan. hehe kang sibuk urus itu urus ini Ramadan pun habis. semua tu duniawi bak kata adik aku. huhu 

bila masuk bab rumah ni aku macam excited sikit tahun ni sbb dah ada rumah sendiri Alhamdulillah.  proses jual beli makan masa hampir 6 bulan dgn macam-macam hal. but still semua tu pengalaman. kalau tak, tak tahukan. 

rumah aku rumah second hand. jadi sebelum masuk rumah kena pastikan tuan rumah lama dah setelkan semua bil-bil terdahulu dan tutup bil api air. sebagai tuan rumah baru aku perlu mohon semula api air atas nama aku. boleh je nak guna nama adik ke mak ayah ke tapi nanti dioranglah kena tanggung kalau aku tak bayar bil. hehe

masa nak daftar tu pastikan bawa bersama salinan surat perjanjian jual beli @Sale and Purchase Agreement (SMP), salinan kad pengenalan dan setem hasil. bagi tiga-tiga tu kad pegawai pendaftaran. pastu tunggu dia keluarkan borang pengesahan. lepas tu buat bayaran kat kaunter. bayaran masuk api RM 250 dan air RM 110. rasanya semua negeri lebih kurang macam ni jugak kot rate dia. dalam masa 3 hari waktu bekerja api dan air dah ada kat rumah. hehe

sekarang ni urusan-urusan pejabat dah senang. UTC kan ada. pergi je situ terus boleh setel api kat TNB & air kat syarikat air. haa kalau tak sempat beli setem hasil, pejabat pos pun ada. 

























nanti nak buat rules guna gadget kat rumah







happy holiday!!!!!!!!







1 comment:

  1. 안녕하세요? Twinscraftlife is here~~ pls visit our blog! We sell cool handmade products^^ 꼭 오세요~~~ twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete