Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 8, 2013

baby penuh susu ibu

bismillahirrahmanirrahim.....

hi. sepatutnya blog ni dah kena tukar nama.

bukan akmal kuasa dua tapi akmal kuasa tiga. akmal ketiga dah lahir.

so far semuanya ok kot. huru-hara sikit. first time ada baby begitulah lumrahnya. tiap hari ada je benda baru yang aku jumpa.

cerita hari ni. baby terpaksa dibawa ke klinik sebab habit tersedak dia dah makin menjadi2. kadang2 sampai biru bibirnya. tengah menyusu tersedak aku tak takut tapi masa tengah tidur pun tersedak ni apa pula cerita. buatnya masa tu takde orang yang perasan habislah. nauzubillah.

doktor tanya berapa kerap baby minum susu. dalam sejam hingga dua jam sekali aku jawab.doktor timbang baby tengok2 dah 5.5 kg. maknanya dalam masa 48 hari berat baby naik 2.5 kg. itu tak bagus. seeloknya baby dalam usia sebulan lebih hanya boleh naik dalam 0.5 kg - 1+ kg. oh tidak baby aku naik terlalu banyak.

jadi sebab tu baby selalu tersedak atau tercekik. susu belum sempat hadam dah hisap balik. perut  terlalu penuh sampai susu nak keluar semula melawan arus susu yang nak masuk dalam perut. ahaa macam tula lebih kurang.

so kamu-kamu yang lain ibu muda tolong ingat ye. kesian baby.

aku tengah latih baby puasa tiap tiga jam ni. hehe sabar ye nak jap lagi mummy kasi susu. baby tengah merengek tu ha. baru dua jam ni. adoyoi.

oh tak pernah mention nama baby lagi kat sini. baby boy diberi nama Ahmad Wasim Akmal bin Muhammad Akmal. heee mummynya Nurul Akmal.so jadilah akmal kuasa tiga.:) nantila bila2 ada banyak masa aku update header. haks3 ntah bile ler tu.




dah besar anak mummy ni. dah boleh jalan sampai padang besar. 
ahaha wasim si baby penuh susu ibu. :)







5 comments:

  1. eee.. comel nya kak.
    sgt geram melihat dia :)

    ReplyDelete
  2. comel sangat laaa kak . gem gem gtu ..

    ReplyDelete
  3. nurul deary..tahniah ye dah jdi ibu..how time flies^^ suke dgn gaya penulisan nurul..rock mummy..hehe:) irh doakan nurul bhagia dunia Akhirat ye..

    syarifahmunirah

    ReplyDelete
  4. 안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

    ReplyDelete