Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, November 23, 2013

pengalaman bersalin

bismillahirrahmanirrahim....


hi. baby tengah tidur. jadi haruslah guna peluang dengan pantas. laju2 taip kat sini. hari ni dah masuk hari ke-32 berpantang sama jugalah dengan umur baby 32 hari. setakat ni baby alhamdulillah sihat. cuma asik nak berkepit je ngn mummy dia. takde kerja lainlah mummy dia ni kalau tak peluk baby sambil menyusu @ pujuk baby suruh tidur. adoi nak buat kerja lain pun susah. ok takpe mummy bagi can masa dalam pantang ni je k. lepas tu baby kena belajar berdikari tau. haks

hurm aku nak catat pengalaman masa bersalin hari tu. rentetan dia lebih kurang macam nila.

5.00 pagi - masa tengah tidur tiba-tiba aku rasa macam underware basah. eh giler ke dah tua bangka terkencing masa tidur. rupanya dah keluar tanda. air lendir beserta darah. aku dengan relaks kejut husband & ibu. relaksla sebab memang tak rasa sakit langsung lagi. aku n husband pun mula cek barang2 yang nak dibawa ke hospital nanti. ibu sibuk buat air selusuh bagai. ada 3 air nak kena minum tapi satu pun aku tak sempat minum hokey.hehe. abah pula pesan macam2la pasal persediaan nak bersalin. 

6.00 pagi -  aku still bergembira senyum2. main2 ngan kucing bagi kucing makan dulu. saja tak nak pergi hospital cepat2. sebab dah survey pengalaman orang lain yang pergi hospital awal2 tu banyak yang kena buat macam2 kat sana. takmola I. seram. ibu abah pun dah siap2 nak pergi sekolah. hee dua2 cikgukan. ibu sempat buatkan telur separuh masak utk aku. bagi tenaga masa nak bersalin nanti katanya. lepas tu aku makan nasi lemak yang husband beli. 

7.00 pagi -  masa ni macam ada rasa sakit sikit2. sakit perut kot kalau tak silap. hehe terlupala. sakit sikit2 je dalam selang yang tak tetap gitu. jadi aku pun mula nak siap2kan diri ke hospital. kemas2 bilik sikit, bawa masuk beg n air2 selusuh yang ada. bukan sikit tau tak. siap dengan jag air aku bawa kot. hehe.sebenarnya air selusuh tu satu homeopathy punya. satu lagi air selusuh bunga fatimah. satu lagi air zamzam je. heee loghat betul. haa lagi satu suplement salindah B6. ayoyyoi.

8.00 pagi - aku gerak ke hospital. sampai dalam 8.30 camtu terus daftar. isi borangla apala lagi prosedur2 sikit. masa ni rasa sakit tu dah bertambah sikit tapi masih dalam selang yang tak tetap.kadang2 15 minit sekali kadang2 10 minit sekali.

9.00 pagi - aku masuk labor untuk cek degupan jantung baby n tekanan darah. lepas tu nurse shavekan bahagian2 yang sepatutnya. sebenarnya trim je sbb aku dah prepare awal2 lagi dari rumah hokey. doktor datang cek bukaan lepas aku kosongkan perut. em tak sakit tapi terkejut bila tiba2 kena seluk. hiks bukaan dah 3 cm. frust jugala sebab aku berharap masa tu dah buka 6 cm or 7 cm. nak beranak cepat2 tak nak tunggu lama2. takut. huhu doktor anggarkan dalam petang tu boleh bersalin. ala frust lagi lamanya nak tunggu sampai petang.  mesin kesan contraction tu kata aku punya contraction kuat macam mana boleh kena tunggu sampai petang ni.lepas je doktor cek husband terus masuk teman aku dalam labor.lepas tu nurse salurkan ubat melalui tangan. aku ingatkan air rupanya tu ubat induce. huhu aku tak paham nape aku kena induce. huhu pasal air selusuh tadi kan aku dah cakap memang tak sempat pun ak minum. dah masuk labor tak boleh minum air dah. husband sempat seludup B6 salindah je. hehe makan curi2 bila nurse tak nampak.

10.00 pagi - aku baring secara mengiring hadap husband macam yang nurse cadangkan.contraction makin kuat n seriusly sakit oi. menggigil2 kau nak tahan sakit.datangnya pun makin kerap dalam selang 5 minit. orang cakap sakit bersalin tu sakit kedua selepas matikan. huhu masa tu aku pikir nak push je kuat2 biar bersalin terus. tiap kali contraction datang aku pun push je.  nak tahu tak bila aku push rasa sakit tu berkurang sikit. nurse ada bagi ubat tahan sakit tapi aku rasa tak membantu pun. ubat tu cuma buat aku mengantuk bila contraction hilang. syukurlah husband ada kat sebelah tak jemu2 bagi semangat tiap 5 minit. hehe

11.00 pagi - nurse dah suruh aku push. hoho dia tak tahu aku dari tadi meneran tiap kali contract datang. hehe masa ni lagilah mencabar. sakitnya tuhan je yang tahu. husband aku cakap aku dah mula mengarutlah cakap pasal epidural. haha kat situ mana ada da. husband pun nak sedapkan hati cakaplah lain kali kita pakai epidural k. haks masa tu bagi aku dah takde lain kali dah. macam serik. hehe ntah pape. zikir2 yang aku selalu baca pun dah tak ingat sangat dah masa tu. harapkan husband jela yang tolong baca.

12.00 tghr - doktor datang. yeah! aku dah layak utk deliver. tak yah nak tunggu smp petang macam doktor kata pagi tadi. dengan berbekalkan kudrat yang tinggal aku selamat lahirkan baby boi tepat jam 12.35 tghri. alhamdulillah. banyak kali jugak push. rasanya dalam 5 kali kot. kali kelima tu aku baru dapat curi nafas cukup2 tu yang baby keluar kot. hehe bila kepala baby dah keluar doktor suruh aku berhenti push. eh macam tu pulak. yang aku ni tahu nak teran je kuat2 sampai baby keluar habis. pastu terdengarlah ada nurse kat situ cakap kat aku" eh2 dik jangan teran dah kang terbang anak awak". haha yeke. ok. em bila baby keluar je terus hilang rasa sakit.betul2 lega. sakit kena jahit tu sikit je sakitnya kalau nak bandingkan dengan sakit contraction tadi. hehe agak2 korang boleh bayang tak. ingatkan dah lepas jahit dah setel. sekali rahim aku tak mengecut dan doktor takut ada uri tertinggal kat dalam. huhu terpaksalah aku melalui saat menyiksakan bila sejenis besi agak panjang (forsep) digunakan untuk mencuci kawasan dalam rahim. uwaaa. perit juga nak menahan. husband akukan   cakap cmni 'sabar S..haa mana lagi sakit. tadi ke sekarang" pergh sabau jela. dia dah penatle tu nak tenangkan aku. huks

4.00 ptg - aku baru dilepaskan keluar daripada labor sebab doktor nak pastikan yang rahim aku dah betul kecut. lama gila terdampar dalam tu. nasib baik nurse ada bawa masuk baby kejap sbb aku ada ckp yang aku nk breastfeed baby. tp masa tu baby tak nak pun. adakah mungkin mummymu ini terlalu busuk dgn macam2 bau. hehe tak selera baby nak minum.

esok tu aku dan baby dah boleh balik rumah. syukur sgt sbb baby sihat smp skrg ni ha. berat dia pun dah bertambah banyak. masa mula2 keluar 3.01 kg. dua minggu lepas tu dah naik 4 kg dan sekarang ni aku rasa 5 kg dah kot. heee panjang lebau post ni. sampai baby dah bangun pun aku tak siap taip. angkut baby letak atas riba sambil tu taip juga kasi habis. haha maklumlah teruja lama tak berblog.




p/s : bila dah tahu rasa sakit bersalin ni terasa takut sangat membayangkan rasa sakit nak mati nanti. jom muhasabah diri.








1 comment:

  1. Terbaiklah kakak. seram sejuk dengar. sampai part masuk besi nak cuci rahin tu..mau naik bulu roma ni fuh3 :/

    ReplyDelete