Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 19, 2013

hehe busy bebenor

bismillahirrahmanirrahim....


alhamdulillah dapat juga update blog hari ni.. semenjak sampai Malaysia tanah airku jadual seharian sangatlah hiruk pikuk dengan macam-macam hal. nak bernafas dengan aman pun payah. hik3 asyiklah tercungap2 berkejar ke sana dan ke sini. apa la yang sibuk sangat tukan.... saja nak catat kat sini rentetan kejadian dalam 3 minggu yang busy ni.


1. ahad malam (3 mac) aku tiba di KLIA kesorangan sebab ibu abah entah macam mana boleh sesat pula. nak kata kali pertama g airport mustahil tapi dah ditakdirkan nak sesat juga nak buat macam manakan. pasrah jela aku terdampar kat kerusi KLIA ditemani beg2.

2. esoknya pula iaitu hari Isnin (4 mac) terus lapor diri untuk bekerja. kerja apa tu ek. nanti jela bagitau. hehe biarlah rahsia buat sementara waktu. aku berkeputusan untuk berulang dari Muar ke Melaka (tempat kerja) setiap hari. malas nak menyewa sesorang. duduk dengan ibu abah lagi best. :)

3. hari selasa (5 mac) baru mula kerja. disebabkan punch card pukul 7.30 pg maka selewat-lewatnya jam 6.15 pagi dah bertolak dari rumah. perjalanan ke tempat kerja ambil masa 1 jam. ahaks tapi nak tau apa jadi pada hari pertama aku bekerja. aku sampai lewat oi... sebab sasat. haahahaha padahal masa tu abah yang hantar. last2 guna GPS baru sampai. terok2. nasib baik pihak atasan sporting. wawa untunglaa...

4. setiap hari balik dari kerja bertungkus lumus buat persiapan majlis perkahwinan pakcik aku yang bongsu. majlis buat kat rumah aku so secara tak langsung aku pun terlibat jadi tuan rumahlakan. hurm majlisnya pada hari ahad (10 mac) minggu tu. huhu penat badan ni belum sempat hilang dah sambung yang lain pula. macam tulah seterusnya sepanjang minggu pertama tu. nak lunyai rasanya. bangun pagi dah tentu jam 5.30 pg terus drive ke tempat kerja pastu balik rumah dah pukul 3.30 ptg trus buat apa-apa yang patot untuk kenduri. walaupun majlis dibuat secara kecil-kecillan tapi penatnya tuhan jela yang tahu dengan keadaan aku yang masa tu tengah pening2 lalat lagi dengan perubahan cuaca yang mendadak.




diapit perantin tanpa suami di sisi..huk3 tapi senyum tetap senyum..hehe



5. minggu kedua, ingatkan lepas setel majlis hari ahad (10 mac) boleh relax. haa takde maknanya.. proses mengemas lepas kenduri lagi menyiksakan. uwaaa...!!! tambah pula masa tu juga le tempat kerja nak pindah bangunan baru. huhu pagi  sampai tengahari kemas perabot2 fail bagai kat tempat kerja balik pula kemas rumah yang lintang pukang. sob3.. isnin sampai jumaat minggu tu memang full untuk mengemas.

6. dalam kesibukan tu ada pula manusia gila seks berkeliaran sekeliling rumah. underware kita pula jadi mangsa. ayoyo.. ape ni.. ha tak pasal2 setiap masa berjaga-jaga. mentang-mentanglah rumah kita jauh dari jiran beranilah buat macam tukan. boleh pula dia letak kondom kat celah ruang kain jahitan underware tu ha. pernah tak korang alami macam tu. 

7. kemuncak atau aku kira sebagai penutup kesibukan ialah pada hari sabtu (16 mac) yang mana gotong-royong bersihkan tempat kerja baru dijalankan. susun2 perabot, fail, bahan2 dan macam2 lagilah. 

8. sebagai tanda penghargaan boss bagi cuti hari isnin (18 mac) sbb proses mengemas. mengangkut dan menyusun semula barang2 dah berjaya. yay!

9. hari ni mula bekerja di bangunan baru. tamatlah hari yang sibuk. hehe dah boleh berehat dan teruskan rutin bekerja macam biasa tanpa kerja2 tambahan. hehu dan berblog. hehe tapi belum sempat lagi nak bw..hati rasa nak tapi tak berkesempatan lagi buat masa sekarang ni.




tu je update terkini setakat ni. dah tiba waktu untuk tidur. esok nak bangun awal takut mengantuk drive dalam gelap sesorang. (>_<)









6 comments:

  1. wah, busynya akak... btw, cantik sungguh baju yang pengantin kat atas pakai...

    ReplyDelete
  2. Bizinya mama nurul.. jgn lupa rehat manyak ye mama

    ReplyDelete
  3. termegah2 hana baca entri ni..penat :P

    ReplyDelete
  4. done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete