Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 2, 2013

doakan aku

bismillahirrahmanirrahim....



aku sudah dipanggil pulang untuk berkhidmat. dalam rela paksa melangkah pulang meninggalkan suami tercinta. namun aku bersyukur diberikan peluang yang lebih lama berada di sisi suami. sungguh perancangan Allah lebih baik daripada perancangan manusia. tempoh 3 minggu yang dirancang telah dipanjangkan ke 3 bulan. Alhamdulillah. aku redha diuji dengan cinta jarak jauh bukan diuji dengan ujian kehilangan hakiki. sekurang-kurangnya kami masih boleh berhubung antara satu sama lain. teringat peristiwa hangat sekarang ,dua polis yang gugur dalam mempertahankan negara di Lahad Datu. andai aku berada di tempat si isteri tentu hilang semua kekuatan dan takkan mampu untuk berdiri. huhu sebak pula hati ni. aaahh dah2 kawal emosi. yang penting sekarang aku dah berjaya tinggalkan serba sedikit ilmu memasak pada Akmal. boleh juga dia masak sendiri bila rasa nak makan lauk malaysiakan.

 


 haa..tengok tu tomyam, lomak cili api,segala sup, kari ayam, sayur campur dan yang paling penting asam pedas terbaik dari ladang.ahaks siapa nak order bolehlah contact Akmal di no 775846464 kompem tak dapat. hik3




  siap je packing barang terus timbang beg takutlah terlebih berat kang tak pasal kena charge lebih. MAS sekarang dah baik hati nak bagi berat luggage 30kg. sonok rasa hati menyumbat hasil shopping  dalam beg. :)

suami : dah siap kemas semua barang?? takde yang tertinggal dah ek..
isteri : rasanya dah. tinggal baju yang tengah pakai ni je nak sumbat dalam beg.
suami : betul ni??kompem ek. tapi ada satu barang ayang lupa bawa. 
isteri : eh apa ek??
suami : berat barang tu 73 kg.
isteri : huh janganlah cakap macam tu. (nangis dalam hati)


*73 kg tu berat siapa lagi kalau bukan Akmal. heee




sampai sini dulu. doakan yang baik-baik untuk aku ye. tipulah kalau aku kata tak takut langsung naik  flight jarak jauh sesorang k. buat2 kental je ni. (^_^)





   

6 comments:

  1. jangan sesedih k.. all the best untuk sis...

    ReplyDelete
  2. all the best kak..hehe.. tak mo sedih2..hehe skype ada.. :)

    ReplyDelete
  3. selamat pulang nurul.selamat berkhidmat!jgn sedeh2 ye!moga Allah sntiasa kuatkan hati n smgt ko!in shaa Allah! <3

    ReplyDelete
  4. jgn sedih_sedih ye sis ~ pasti ada hikmah dsebaliknye ~~

    ReplyDelete