Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 25, 2013

of cadbury world

bismillahirrahmanirrahim...




siapa tak suka chocolate takpe. boleh tengok gambar je. hari tu berkesempatan ke Birmingham demi melawat kilang cadbury. :) ni gara-gara terpengaruh dengan cerita Charlie and The cHocolate Factory. cerita tu dah lama dah sejak zaman sekolah menengah dulu lagi. tapi imaginasi kilang chocolate yang macam syurga chocolate tu sangat-sangat menerujakan aku untuk pergi kilang cadbury chocolate. mana tahu memang betul ada sungai chocolate macam dalam cerita tu untung juga boleh cedok minum sesuka hati kan. hehe



aku tengok dari luar pun dah teruja. sampai akmal cakap masuk dulu baru terujalah. eleh takutlah tukan. kot-kot frust bila dah masuk dalam nanti indah khabar dari rupa je. haha tidak ye tuan2 puan2 sekalian. memang berbaloi keluar duit masuk kilang cadbury tu walaupun sungai chocolate yang diimpikan tak ada. tapi ada banyak check point best2 macam dalam gambar kecik atas.*maaf tak berapa jelas check point itu tp boleh agak2lahkan. hehe



macam biasa asal usul nama cadbury ni adalah daripada pengasas dia sendiri, John Cadbury.  Cadbury ni dah menapak kat dunia hampir 200 tahun lepas yang mana pada mulanya hanya gerai kecil yang menjual minuman coklat. haa kat sini siapa yang lebih tua dari usia cadbury ni baik ngaku sebab aku nak bagi hadiah special punya. haha kompem takdelahkan.  nak cakap kat sini  otai ke tak otainya chocolate ni boleh bertahan sampai begitu lama dan semakin berkembang maju ke seluruh dunia.



wrapper zaman klasik sampai zaman moden.gambar ikhsan Google. kat dalam kilang tu tak boleh nak snap gambar. jadi aku dapat curi2 snap sikit2 je. sob sob. kalau tak kompem berjela-jela gambar aku letak dalam entry ni. :)




tu dia hasil penculikan. hehe asalkan tutup flash boleh je nak snapkan. semua chocolate yang unik dan besar2 tu kena order dulu. kemudian akan dibuat oleh pakar-pakar dalam masa 2 minggu.





perasan tak kat wrapper dairy milk semua ada gambar 1 setengah cawan susu yang dituang pada chocolate tu. ada kisah sebenarnya. keluarga cadbury pernah mengalami saat buntu untuk mendapatkan ramuan yang terbaik bagi chocolate yang lebih sedap. dan idea untuk menambah 1 setengah gelas susu segar ke dalam ramuan mereka ditemui oleh dua orang anak Cadbury semasa mereka sedang minum susu segar yang disediakan oleh pembantu mereka. alamak faham ke ek ayat aku macam tunggang terbalik. takpe2 tengok bawah.



harap2 gambar ni dapat bantu anda  faham apa yang aku cerita kat atas tadi tu. (^^)






lagi gambar curi2. hehe ada check point game tapi dapat snap satu je tu yang ada bayang-bayang tu. 





chocolate for free! :)




ni ruangan kedai chocolate dan cenderahati. macam-macam jenis chocolate cadbury ada. tapi sayang dia tak buat sale. pada pendapat aku, sepatutnya dia boleh bagi harga lebih rendah daripada harga pasaran sebab kita pergi kilang dia kot. sob sob





bahagian luar kilang ni idaman semua kanak-kanak sebab ala-ala playground. tak kiralah sejuk ke beku ke nak juga mainkan budak-budak. :)




tu je.. jumpa lagi! \(>.<)/




P/s : ada tak yang tak suka chocolate kat sini???? boleh aku tahu kenapa??






7 comments:

  1. Bezzznye dapat g kilang coklat ;)

    Btw najihah suke sangat coklat :)))

    ReplyDelete
  2. Kerna boleh buwat najihah jadi lebih bertenga ~ leh kurangkan mengatuk juge + dapat tambah berat badan ;)

    ReplyDelete
  3. BK xminat choc..nsb baek xminat kalau minat dh lama BK suh akk beli

    ReplyDelete
  4. pelik kan kenapa ada yg tak suka makan coklat..hehe..free ea? curi2 gambar tak apa..jgn curi2 makan coklat besar tu.hehe

    ReplyDelete
  5. wowwwwwwww..........sukaaannnnyyyyyyaaaaaaaaaa..... sape x suka coklat rugi ooo...

    ReplyDelete
  6. waaah dunia coklat. kalau masuk sini xmau keluar dah.huhu

    ReplyDelete