Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 7, 2013

ujian kesenangan

bismillahirrahmanirrahim...


dah sebulan aku menapak kat UK ni. kejap je rasa. tambah pula tengah winter. baru nak siang tengok2 dah malam. subuh pukul 6 pagi, maghrib jam 4 petang. sejam setengah lepas tu dah isyak pula. agak2 apa aku buat pada malam yang panjang tukan. nak tidur pun tak best sebab akmal sibuk menghadap assignment dia tu ha. lepas tgk cerita, baca novel, agak boring sikit buka fb, blog, twitter,insta. pastu rotate semula tengok cerita dan seterusnya.

masa free yang byk ni nikmat ke ujian kesenangan??? kita selalu dipesan dgn 5 perkara sebelum 5 perkara.

1. Muda sebelum Tua
2. Kaya sebelum Miskin
3. Sihat sebelum Sakit
4. Lapang sebelum Sempit
5. Hidup sebelum Mati 



sebulan yang lapang ni aku sibuk nak biasakan diri dengan cuacala, cara hidupla, cara makanla, even cara mandi sekalipun nak dibiasakan. sampai terlupa yang sekarang ni juga tengah diuji dengan ujian kesenangan waktu.  tsk tsk tsk....



jangan biar jalan yang lapang tu terus kosong



Kesenangan ibarat virus senyap yang mengendurkan semangat survival manusia dalam ketaatan mereka kepada ALLAH. Kesenangan adalah ibarat tilam selesa dan bantal yang empuk, membuatkan kita terus memanjangkan lena tanpa menyedari kehidupan itu perlu terus untuk kita jalani. Akhirnya, tanpa sedar, kesenangan akan membawa kita jauh dari ALLAH SWT.

sumber : Cetusan Hati




P/s : Ujian kesenangan lebih sukar berbanding ujian kesusahan. betulkan??





2 comments:

  1. yes dats true my dear.hidup ini ujian bak kata ustz pahrol.yg penting hargai masa anda dgn encik suami.=) nk follow twitter pliss~~hehe

    ReplyDelete