Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 17, 2013

of London Eye River Cruise

bismillahirrahmanirrahim.....



hehe nak update cerita hari sabtu lepas. kalau ikut ramalan cuaca hari sabtu tu sepatutnya hujan. kalau hujan maknanya suhu menjadi kurang sejuk dan sesuailah keluar berjalan-jalan. janji pakai baju kalis hujan cukuplah. tapi kecanggihan ciptaan manusia tak mampu mengubah qada' dan qadar Allah yang mana hujan tidak pun turun pada hari sabtu tu.



 suhu sangatlah sejuk... realfeel -6 °C



dalam kesejukan pun teruskan juga berjalan sebab dah keluar pun pagi tu takkan nak patah balikkan. pegang muka dah macam ais rasanya. :)  dari Uxbridge naik Underground Tube turun ke Frenchly Road-Westminster Station. keluar je dari station terus jumpa Palace of Westminster + Big Ben (Clock Tower).

bergambar tu wajib. ye tak


terus menuju ke kaunter tiket river cruise yang tak jauh dari situ. harga tiket cruise hari tu dalam £11 guna student card.  :)



pemandangan dari jeti menunggu


bila dah naik cruise tu terus teringat River Cruise Melaka. hehe lebih kurang macam tu je. cuma bezanya cruise dia lebih menarik dan cantik disamping sungai yang lebih lebar dan pemandangan yang berbeza. :)




pemandangan dari atas cruise



cukup 70 minit perjalanan, maka sampailah ke Greenwich. macam biasa je dengar - GMT (Greenwich Mean Time). :)



where time begins


dah pusing Greenwich bergambar sana sini  jom patah balik ke tempat asalmu. hehe naik cruise semula dan turun di jeti berdekatan Tower Bridge jalan kaki cari Underground Tube terus ke Malaysia Hall makan-makan sampai kenyang dan solat siap. harus makan sampai kenyang sebab perlu berjalan kaki yang amat banyak. :)



Harrods di malam hari


Nah hilangkan kempunan tak sempat masuk Harrods hari tu. masuk tak semestinya membelikan. harga barang-barang dia pun tercekik nak telan air liur. kalau tak ratus, ribu. kalau convert duit malaysia tak ke beribu-raban jadinya. em dalam menahan nafsu tu sempat juga cekau perfume satu. itu pun sebab sale kalau tak cuci mata jela. huehue tq Akmal. oh lupa coffee, tea, chocolate Harrods ada dalam tin yang berbagai bentuk sesuai untuk souveniar. range price dari £7 hingga £ 20++ each. :)



...tamat... (>_<)





3 comments: