Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 21, 2013

Nak Khusyuk dalam Solat

bismillahirrahmanirrahim...


dah lama aku perasan yang aku ni susah nak khusyuk dalam solat. lagi-lagi kalau solat berjemaah. faham-faham jelahkan bila dah jadi makmum tu. memang betul-betul ikut imamlah. contoh macam solat zohor tadi, lepas sujud aku nak berdiri baca Al-fatihah untuk rakaat keempat tapi pak imam Akmal duduk tahiyat akhir. nasib baik perasan kalau tak memang dah berdiri dah tadi. huhu tak tahulah berangan apa dalam kepala otak masa tu. 

alang-alang dah google sana sini meh nak kongsi apa yang aku dapat simpulkan sikit-sikit macam mana nak dapatkan khusyuk dalam solat tu.
  1. mula dengan wudu' yang sempurna. pastikan air wudu' kena pada setiap anggota yang wajib sambil tu ingat niat wudu' kerana Allah ta'ala. kesempurnaan solat juga terletak pada kesempurnaan wudu' ye kawan-kawan. :)
  2. pakai pakaian yang bersih dan kemas. bagi perempuan digalakkan basuh telekung yang anda pakai tu ye jangan sampai ada bau ala-ala telekung surau / masjid yang tak dijaga tu. mesti tak selesakan bila ada bau-bauan yang tak best masa solat sebab tu solat pun nak cepat-cepat je habis. bagi lelaki pula elakkan pakai pakaian yang ada gambar atau hiasan yang berwarna-warni sangat sampai jemaah lain pula yang hilang khusyuk nak solat sebab tertarik dengan baju anda.
  3. Jangan solat dalam keadaan lapar atau dalam keadaan menahan buang air. penuhi dahulu keperluan diri supaya berasa selesa sepanjang menunaikan solat.
  4. Faham bacaan dalam solat. bila kita tahu makna setiap ayat yang kita baca secara tak langsung kita dapat mengahayati makna ayat tersebut dan meningkatkan tahap kekhusyukkan solat kita.
  5. Kurangkan pergerakan anggota badan. bak kata Ustaz Azhar kalau betul-betul rasa gatal dan perlu digaru barulah gerakkan anggota untuk digaru.
  6. Melihat tempat sujud. janganlah sibuk-sibuk nak tengok sekeliling walaupun masa tu ada kucing kesayangan anda tengah buat aksi-aksi comel minta perhatian. kalau dah tak boleh nak elak juga daripada tengok kucing tu tutup mata terus takpa. :)
  7. Gunakan sejadah yang tak banyak gambar atau tidak terlalu berwarna-warni. kalau sejadah kemain lagi berseninya senanglah otak tu hayal layan corak/gambar pada sejadah.
  8. Ingat mati. sebelum kita solat tu ingatlah mati supaya pemikiran kita tak meliar. sedarkan diri bahawa mungkin ini adalah solat kita yang terakhir dalam hidup dan mestilah kita nak buat yang terbaikkan.


ada banyak lagi tips untuk dapatkan khusyuk dalam solat. bolehla ke sini atau minta bantuan encik google. :) meh kita dengar apa Ustaz Azhar cakap pasal khusyuk dalam solat ni.



 bewok lari tengok kita sembahyang. hihi dengar sampai habis



Imam Al-Ghazali ada menyatakan bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. bertuahnya jika kita dapat berdialog dengan Allah tanpa sebarang gangguankan. jom sama-sama kita muhasabah diri perbaiki mana yang kurang. :)


P/s : betulkan aku kalau aku salah.




5 comments:

  1. tu la...sllu slt dlm keadaan lpr...jd, xkhusyuk sbb asik tbyg mknn je..huhu

    ReplyDelete
  2. As salam..nice sharing..May Allah bless u..amin :)

    ReplyDelete