Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 13, 2013

Musykil

bismillahirrahmanirrahim...



 watak dalam cerita :
1. diyana - exclassmate
2. tipah - exclassmate
3. dua orang anak buah tipah

satu petang aku dan akmal singgah di satu wakaf dalam kawasan masjid untuk makan-makan. kami bawa bekalan makanan macam nak berkelah tepi pantai tu siap ada bakul isi makanan bagai. masa kami tengah siap2 nak makan tiba-tiba diyana datang naik motor dengan berbaju kurung macam nak pergi kenduri kawen. jadi kami bertiga pun makanlah sama-sama sambil sembang-sembang. 

sebelum diyana balik aku tiba-tiba teringatkan anak buah dia dua orang yang ada kat rumah *padahal yang aku bayangkan masa tu ialah anak buah tipah. so aku pun sapukan  chocolate kat roti untuk bagi kat anak buah diyana. masalahnya chocolate dah nak habis, cuma dapat sapu pada sekeping roti je. tapi disebabkan tiba2 watak anak buah diyana muncul tiba2 atas moto kat wakaf tu, aku pun korek-korek bekas chocolate tu nak kasi dapat sapu juga pada lagi sekeping roti supaya dua-dua anak buah diyana dapat roti chocolate yang aku buat. tak sia-sialah usaha mengorek bekas chocolate tukan. akhirnya cukup untuk diberi pada anak buah diyana. puas hati. 

bila diyana dah balik, aku pula terasa teringin nak makan roti sapu chocolate macam anak buah diana dapat tukan. akmal pun sama macam aku. dua-dua muka kempunan tengok bekas chocolate yang dah habis licin kena korek tadi. huhu tiba-tiba dua-dua terbangun dari tidur dalam keadaan separa sedar. 



akmal : eh dah pukul berapa ni?
aku    : tak tahu. maghrib pukul berapa?
akmal : 4.21 pm. fuh nasib baik tersedar.*sambil tengok jam pukul 5 pm
aku    : jom2 bangun solat.
akmal :  ayglah ni. abg dah terlebih tidur. kan tadi nak lelap 15 minit je lepas tu nak study.
aku    : hehe sape suruh tergoda dgn godaan I...
akmal : dahlah tadi rasa nak terbuang air. nasib baik tak terkucil masa tidur. dah mimpi masuk tandas lagi tau. masa masuk tandas abg tengok lubang tandas tu pastu abg conteng2 nota dalam tu. perghh setan semua tu. Astagfirullah...
aku    : hahahahaha mengucap2.
akmal : lepas solat buatkan kopi ek. teringin kopi pulak.
aku    : aahlah ayang pun sama nak minum hot chocolate. eh kempunan roti chocolate tadi dah jadi kopi dan chocolate pula????*cakap dalam hati



kaitan mimpi dengan realiti :

  1. sebelum tidur kami kekenyangan makan nasi sebab tu mimpi makan-makan.
  2.  sebelum tidur akmal ada cakap rasa nak buang air tapi nak tidur 15 minit dulu baru nak pergi toilet. konon-konon bila rasa nak terbuang air senang sikit terjaga dr tidur. tengok2 mimpi masuk toilet dan nyaris2 nak terkucil atas tilam. hik3
  3. sebenarnya akmal nak study tapi terpengaruh dgn godaan bini dia suruh tidur, tu yang dia mimpi conteng nota dalam tandas.hehe
  4. bangun tidur rasa nak minum hot chocolate sebab mimpi kempunan nak makan roti chocolate.
  5. persoalannya disini adakah aku merindui diyana sampai termimpi2??
  6.  persoalan kedua yang musykil sekali. Apa kaitan anak buah tipah dengan diyana sebenarnya sampai aku mimpi anak buah tipah tu boleh jadi anak buah diyana?????? kenapa???? tipah dan diyana ni bersaudarakah??? begitukah???  musykil2...




penangan anak buah tipah- Qistina



P/s : syaitan aktif pada waktu senja. janganlah tidur sebelum maghrib atau sewaktu dengannya kalau tak nak mudah diganggu syaitan. :)


.



No comments:

Post a Comment