Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 27, 2013

karipap akmal kuasa dua

bismillahirrahmanirrahim.....



hari ni dapat buat karipap. sebenarnya dah lama nak buat tapi sebab macam2 kekangan jadi tertunggak-tunggaklah plan nak buat karipap tu. nasib baik Akmal baik hati nak tolong tumiskan inti kat dapur. maklumlah dapur orang jantan. untuk pengetahuan, aku sekarang duduk di hostel husband yang mana ahli rumah yang lain semuanya lelaki. jadi nak masuk dapur kerap sangat pun segan takut pula diorang tak selesa bila ada perempuan kat dapur mereka. hikhik

sebelum ni dah pernah try buat karipap sebab tu macam confident je nak buat kat sini pula. nak tunjuk teror kat akmal ler konon. hehe nah aku sajikan gambar-gambar penghasilan karipap akmal kuasa dua.



haritu terjumpa pencetak karipap kat satu kedai pakistan kat sini. excited kemain lagi masa beli pencetak tu, sekali tengok karipap aku dah jadi bentuk alien da. ingat orang sini ada buat karipap ke cik kak oi. hehe disebabkan pencetak tu tak menyumbang kepada bentuk karipap so buatlah secara manual. hah korang tengok tu ada tak macam bentuk karipap.hehe bolehlah daripada pakai pencetak lagi hancusss




aku rasa tepung yang aku beli tu tak sesuai untuk buat karipaplah. macam liat semacam. dahlah tu tempat nak alas takde, main sebat jela mana-mana plastik yang sesuai buat alaskan. konon-konon kreatifle tu tengok2 ha ambik kau susah nak gelek pula. dengan Akmal2 sekali aku paksa tolong pegang plastik tu bagi tegang. disebabkan dah tak larat nak buat macam-macam aksi menggelek maka kata putus dibuat dengan mencipta karipap akmal kuasa dua seperti dalam gambar. besar gedabak hah kau tak yah susah2 nak cetak ke apa ke. siap gelek curah inti pastu terus gulung ikut sesuka hati. hikhik




ahaks macam segan je nak tunjuk. tulah dia hasil susah payah kami. payah ye tuan puan sekalian. perlukan tahap kesabaran yang tinggi kalau tak ke tong sampahlah jawabnya tepung tu. hehe karipap akmal kuasa dua




tada!!! dah siap. tak payah goreng2 dah kita bakar je senang cerita. hikhik lepas ni jangan harap Akmal nak suruh aku buat karipap lagi dah. jadi bahan gelak jela. nasib baik boleh makan walaupun tak rasa macam karipap Malaysia.





P/s :korang teror tak buat karipap??? ce citer..









16 comments:

  1. Replies
    1. karipap versi tepung negara sejuk.. hehe

      Delete
  2. wah.... karipap kuasa dua! hehehee, macam sedap jee, saya peminat karipap sardin! alamak, terliur pulak tengok karipap kentang tu... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jemputlah rasa ada lagi tu dah makin mengeras je tengok..hikhik

      Delete
  3. hahaha ops tergelak plak.hehe kalau jual barapa ringgit yang besar tu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa gelak sikit je tu kami gelak sampai nak keluar anak tekak..hikhik kalau jual 50 sen hana nak??hehe

      Delete
  4. percubaan yg baik... nampk sedap jer karipap 2...

    ReplyDelete
  5. as salam... cik azue datang vertandang...tak per..t cuba lagi..."belasah jer masak dik..janji kenyang!!"....by the way..dtg ni nak menjemput tuan umah join my GA..meh la..semoga ukhwah berpanjangan..
    http://kuazue.blogspot.com/2013/01/kome-nak-tak-my-2013-1-give-away.html?m=1

    ReplyDelete
  6. hehehe... atleast akaQ cuba buwat :)

    xsemestnye sekali buwat terus dapat hasil yang baik an ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihik ni semua salah tepung. *ecece teknik bela diri.. hehe

      Delete
  7. akak mmg tak pernah buat kaipap... nak kongsi pengalaman mmg non ada... hehehe

    ReplyDelete
  8. ahahahahahha.cantik kripap ko~:D tkpe2,nex tym plak cube.kekeke.mak ak pun beria nk wat karipap ni huh.dh siap beli acuan die da.x sbar nk try wat gak.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula psl..baru nak tunjuk teror kat akmal tbe2 jd bhan gelak. Ms kat msia buat jd je. Tak reti nak bli tepung kat sini. Tak tahu mana stu y ok. Mls dah nk buat lg lps ni. Tggu blk msia bru buat. Hehe kalau rajin. Nanti sha da buat karipap pos sini sikit ek. Rindu kuih msia...tsk tsk

      Delete