Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 3, 2013

Budak Kecik

bismillahirrahmanirrahim...



semalam makan nasi lauk ayam rendang, daging kicap dan sayur goreng. pergh sedap gila. Tambah pula dengan sambal belacan fuhh meleleh air hidung habaq hang. terbaik!!! kunyah nasi tak sempat nak tengok kanan kirilah orang kata. sebelum dapat nasi sedap tu aku duduk sorang-sorang kat meja jaga barang sambil tunggu Akmal ambil nasi kat kaunter, tetiba aku terperasan adalah budak kecik ni yang baru pandai jalan asyik tengok2 aku. kejap2 kang berhenti tepi meja yang aku duduk pastu buat muka comel senyum2. agaknya berkenan kot kat hakak ek dik comel. hikhik aku pun senyum-senyum jela balik kat budak tukan. pastu pada masa yang sama usya mak pak dia takut nampak aku senyum-senyum kat anak dia. I segan taw kalau ada orang tengok I usik budak kecik sbb kekok nak bagi respon comel2 kat budak tu balik.

aku tak biasa dengan budak kecik. Adik beradik aku semua beza umur dekat-dekat. kecik sama-sama besar sama-sama. kalau ada peluang jumpa baby ke budak kecik ke semua tu sepupu atau anak kawan ibu. itupun aku usik-usik budak tu masa orang lain yang pegang. perangai pelik sebab tak confidentla. kang kalau terjatuh ke tersalah pegang ke nangis ke anak orang tu lagi huru-hara. nak pujuk lagi tak reti. takut takut.em teringat pulak kat Zikry bila cerita pasal budak kecik ni.



perkenalkan anak buah Akmal, Zikry


lepas kahwin barulah berjinak-jinak lebih sikit dgn budak kecik sbb ada Zikry kat rumah mertua. hehe mula-mula dulu tak reti nak main-main ke nak usik-usik Zikry sangat sbb takut campur segan. kang kalau mak cik dia ni buat aksi comel nak main-main dgn zikry tiba-tiba Zikry buat tak faham je kan haa malula I. hikhik kurang-kurang dapat cuit-cuit sikit, acah-acah panggil nama pun dah oklah masa tu. proses pembelajaran memang ambil masa kan. aku tengok adik beradik Akmal yang belum kahwin yang takda pengalaman ada anak tu pun boleh jaga Zikry walaupun mak dia merangkap Kang Long Akmal takda kat rumah.*kagum2. tapi aku rasa kalau kena kat adik beradik aku memang habislah porak perandalah rumah jawabnya.



rindu pulak kat hero kecik ni



tak lama lagi Zikry dah nak jadi abang. bestnya Kak Long.  aish malam-malam macam ni teringat pulak lauk-pauk kat Malaysia Hall hari tu.*tetiba lapar. hurm Akmal dah mula sibuk balik dgn assignment dia. aku pun menyibuk lebihla kat blog ni dgn cerita-cerita aku. hehu kalau nak menyibuk dgn assignment Akmal sekali boleh tak ek?? hehe saje repek2 sebelum tidur.









3 comments:

  1. x lm dpt baby lettew~hehehe

    ReplyDelete
  2. irah doakan nanti nurul dpt 'budak kecik' sendiri pulak ye..hee

    ReplyDelete