Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 25, 2013

bila pencuri buat rumah kita macam rumah dia

bismillahirrahmanirrahim...


main dengan emosi sampai lupa nak set alarm tengok-tengok subuh gajah alamatnya. tulah manusiakan. huhu dah terkejut bangun lambat dapat pula berita daripada ibu yang laptop adik hilang pagi tadi zon malaysia. lagi??? hilang lagi??? hai penyamun, suka betul engkau ye pusing-pusing kawasan rumah aku tunggu peluang untuk mencuri.

dah nak dekat 10 tahun kami duduk rumah tu tak pernah sekali dalam setahun pun kau bagi can kami hidup aman. teringin juga aku nak kenal siapa engkau ni sebenarnya, macam manalah rupa kau, umur kau berapa, dah kahwin ke belum, berapa kau dapat dalam sebulan hasil daripada pencurian kau tu.

tu rumah kami tapi setiap masa terpaksa berjaga-jaga. kalau leka jawabnya hilanglah barang berharga. berharga ke??? macam mana pula dengan tong air belakang rumah?? berapa sen je kau dapat kalau kau jual balik tong tu. atau kau ambil sebab nak buat simpanan air kat rumah??? sengkek sangat ke sampai tong air pun nak kebas.

huh kalau nak meluah rasa sampai esok pun takkan habis. bila situasi rumah dah macam tu nak salahkan pencuri perompak sepenuhnya pun tak guna. kamilah yang terpaksa ubah sikap.tulah kau dik. ibu abah dah pesan banyak kali jangan sesekali tinggal barang merata walaupun dalam bilik. simpan elok2 dalam almari. bila nak tinggal bilik jangan lupa tutup tingkap. kau degil, tak dengar pesan orang tua kan dah hilang laptop. 

tapi sebenarnya salah ke kalau kami tinggal barang merata dalam rumah kami sendiri??? tukan rumah kami bukan rumah orang lain pun. habis semua kena simpan dalam almari. apa guna ada rak kasut kalau kasut pun kena simpan dalam almari bilik. 

ataupun semua tu peringatan buat kami supaya tak mudah lupa mohom perlindungan daripanNya. pada masa yang sama belajar menambahkan keyakinan bahawa semua rezeki Dia yang beri. bila sesuatu hilang maknanya benda tu bukan lagi rezeki kami. macam tu???



nilah satu-satunya gambar family yang cukup korum yang selamat daripada hilang sebab masuk dalam album FB. ni gambar raya 4 ke 5 tahun dulu. bila dah jadi macam ni baru menyesal tak cuci gambar siap-siap simpan dalam album kompem takde siapa nak curikan. *siapalah yang bertuah ambil hardisk aku tukan




Ya Allah ya tuhanku,
Kau lindungilah keluargaku daripada sebarang kemudaratan,
kau teguhkanlah iman kami agar sentiasa mengingatiMu,
tunjukkanlah kekuasaanMu kepada mereka(pencuri),
dan berikanlah mereka hidayah dan petunjukMu,
agar kami sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur.





P/s : jangan mencuri tau. berdosa.




9 comments:

  1. sabar ye kak, moga pencuri tu insaf-2 cepat..

    ReplyDelete
  2. dia aim dah la kot. tapi kan kalau sepakat adakan rukun tetangga ke boleh boleh elak benda ni terjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah cdg nak buat mcm tu tp setakat ckp mulut je. ssh nak dpt sepakat kat kwsn rumah tu lg2 bila org luar y cdg.

      Delete
  3. yeke nurul?innalillah~bahaya betul pncuri 2 ye.sabo jela.i'A mudhn mudhn fmily ko sntsa berada dlm lindunganNya.aminn~

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..hehe jgn serik nak dtg umah aku lg ek sha...setakat ni pencuri tu belum berani tunjuk muka depan2..dia suka main nyorok2

      Delete
  4. kalo barang kite kene curi nak sangat tahu sape pencurinye kan . tapi nak buat macam mane , kene redha je laa .. pencuri tu pun kene jawab nanti at akhiirat lah ..

    ReplyDelete