Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 10, 2012

tempat paling selamat setakat ni

bismillahirrahmanirrahim....


apa aku nak buat ni. laki aku sedap je membuta sorang-sorang tu ha. sampai hati abang. hello padahal kau tu lagi puas membuat dari petang tadi hokeh.hee sori tak biasa lagi dgn perubahan zon masa ni. dah puas sangat tidurkan. sekarang jawab ko nak buat apa dalam bilik ni bila semua orang dah tidur. waaaaa!!!!


sign in blog cari pendrive nak upload gambar. sian aku tak ada hardisk. hardisk dah kena curi! semua gambar kesayangan hilang camtu je. ingat aku ni senang-senang ke nak dapat beli benda banyak kali. aku baru je habis belajar kerja belum ada. husband aku pun student lagi. kalu aku minta kat dia nanti dia jawab elok-elok macam ni.   "ayang nak beli hardisk tu boleh tapi nanti nak beli-beli beg tak dapatlah ek. haa pilih mana satu".  menci tau!   takpe sabar sabar. bersusah-susah dahulu bersenang nanti siaplah. pengajarannya mulai saat ni aku akan abadikan semua gambar kesayangan aku dalam blog ni  sebab lagi selamat. tak ada siapa boleh curi sampai hilang.



cuti aku ada dalam sebulan je hari tu. jadi aku bahagikan dua minggu dengan family di Muar dua minggu dengan Family di Kedah. kebetulan pula family mertua berjalan ke Sabah dapatlah join sekaki. boleh juga aku perkenalkan ahli keluarga mertua kat sini sekali.  nak story panjang-panjang tak reti. aku rasa cerita dengan gambar lagi senang. 




 
tiba di airport Kota Kinabalu. 



Hari Pertama




terus ke Jesselton Point


bersedia ke pulau. tok kat belakang tu dah tak sabar nak naik bot



Pulau Manukan


Biru airnya




yang muda mandi-manda yang senior main makan-makan




Scubadoo yang comel




Pulau Mamutik. sebelah Pulau Manukan



puas menadah muka di bawah mentari pergi Tuaran untuk isi perut pula. Nasi dia sangat banyak. boleh kongsi dua orang hokeh.




dah kenyang tidur dalam kereta bangun-bangun dah sampai sini. hari pun dah petang dan sudah tutup. harap maklum. ops perkenalkan barisan keluarga dari kiri adik ipar (paggil pah), mak mertua dan kanan sekali kakak ipar (kak ngah). Kang long je tak join sbb kerja. tulah adik beradik perempuanku lepas berkahwin. hehe





Hari Kedua






awal pagi dah bangun terus siap-siap bertolak ke Kundasang. Berkabus tebal





pergi Hot Springs dulu sebab nak check in homestay awal lagi





kaki sapa bercagu elok rendam lama-lama sikit.hehe





kaki sudah rendam bersih kotor balik bila kena panjat bukit ke canopy. 500 meter jauh hokeh




masa mendaki tadi rasa macam dah tinggi tapi bila dah ada atas ni macam tak berapa tinggi pula




 nak canopy sangat ketar lutut berjalankan pah.hehe turun semula dari canopy 450 meter pula




oho masa ni sangat kelakar sebab semua orang berebut-rebut nak snap gunung kinabalu kat belakang tu takut kena lindung awan. tup-tup esok pagi lagi clear hokeh. 




hee tu dia gunung kinabalu. snap dari homestay




aish panjang sangatla pula bila letak gambar banyak. itu pun pilih satu dua je dari satu tempat. em sambung entry lain pulaklah untuk hari ketiga dan hari keempat. husband aku tetiba senyum dalam tidur tu nampak macam setuju je kan aku nak sambung kat entry lain. (>___<)





2 comments:

  1. subhanAllah, cantiknya :)
    Miza tak sampai lagi kesini.
    Teringin sangat. In shaa Allah mungkin satu hari nanti :)

    ReplyDelete