Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 11, 2012

tempat paling selamat setakat ni II

bismillahirrahmanirrahim.....


elok benaulah tu lepas makan kenyang-kenyang tidur. bangun-bangun tengok husband dah pergi lab. tapi sekarang dah pukul 1.15 pagi. banyak sangat assignment nak kena buat lettewkan. takpe2 I tolong support dari belakang je ok. hehe mentang-mentang aku dah tak yah buat assignment.  bolehlah cakap senang-senang macam tukan. hikhikhik (>__<)

meh nak jadi isteri solehah. tak yah tidur balik.tunggu husband balik bilik sambil tu sambung upload gambar  semalam yang tak habis tukan.



Hari Ketiga





pemandangan penempatan rakyat Kundasang



check out dari Kundasang singgah di Tamparuli ada rumah terbalik. kalau nak masuk dalam rumah tu kena bayar RM 10 seorang dan tidak dibenarkan ambil gambar. motif tak boleh ambil gambar tu apa???? jadi tak payah masuk ambil gambar dari luar je free.bagus tak..hehe




kita teruskan perjalanan dan singgah di Tuaran kedai makan yang sama masa hari pertama hari tu sebab sedap dan banyak. kebetulan adalah pasar jual macam-macam seperti kerongsang dan gelang yang berasaskan mutiara. MURAH GILERR!!! tak tipu punya.





percaya tak satu kotak macam contoh tu (sepatutnya ada dua anak tiap set)  kitorang dapat beli dengan harga RM 40. kira satu set untuk brooch gantung-gantung beserta dua anak brooch tu harga dia dalam RM 3.30 je. kalau beli kat pasar Filipina yang kat bandar KK tu rugi sangat-sangat sebab dia jual RM 150 satu kotak.  sama hokeh brooch kat dua-dua tempat tu. tapi beza harga dia punyalah banyak. mungkin pasar Filipina tu dok kat tengah bandar sewa kedai mahal so terpaksa jual mahal jugak. sob sob sapa yang dah terbeli kat pasar Filipina tu...




ini dalam pasar Filipina @ Pasar Kraftangan KK. brooch memang mahal tapi gelang murah. anak beranak tu tengah sakan borong gelang kat sini.



depan Pasar Filipina. tengok tok dan tongkatnya di Sabah





ke Tanjung Aru




cantikkan matahari terbenam di Pantai Tanjung Aru




Hari Keempat




hari keempat sambung membeli belah lagi di pasar tamu pula. ramai orang dan agak sesak. agak-agak panas capaila satu kipas dan sila bayar.


ok brooch lagi. tapi tak boleh kalahkan brooch di Tuaran yang lagi murah. lagi satu hati-hati dengan brooch kat Pasar Tamu ni yang tipu. antara mangsanya ialah tok. brooch mutiara yang tok beli ada yang diselitkan manik. sob sob...





anak-beranak dah siap membeli-belah. 





ohoi para bapa boleh menanti para ibu dan anak di sini ya.




disebabkan masa masih berbaki teruskan berjalan ke Lok Kawi Wildlife Park di Papar. Ala-ala Zoo gitu. 



hurm tujuan pergi sini nak tengok orangutan tapi tak ada pun orangutan hari tu sebab kandang dia  tengah baik pulih. rugi-rugi dahlah jauh berjalan. last-last patah balik ke pintu keluar. huu




tunggu pak supir ambil kereta nak balik homestay semula..hikhik




bye....




2 comments:

  1. wahhh bestnyer, cik buku tak sampai sabah lagi..bilalah agaknya huhu

    ReplyDelete