Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 20, 2012

Segmen : Memori 2012 Terpahat di Ingatan


bismillahirahmanirrahim....


eh tak lama lagi dah nak masuk tahun 2013 la. kejapnya masa berjalan.  macam baru je hari tu aku tengok ada yang sibuk-sibuk buat persediaan PMR, pergi tusyenla kelas tambahanla sekarang dah keluar pun resultnya*tahniah,  ada juga yang sibuk-sibuk siapkan persediaan kahwin sekarang dah tunggu masa nak menimang cahaya mata. nanti pejam celik pejam celik, yang lepas PMR dah nak ambil SPM dan yang dah ada cahaya mata pula dah nak tambah lagi sorang cahaya mata. eh cepat betul!  dalam pejam celik pejam celik tu macam-macam boleh berlaku. 

tak semua yang kita lalui tu akan kekal dalam memori. biasalah manusia mudah lupa. Jadi segmen Memori 2012 Terpahat di Ingatan ni tolong aku ingat-ingat balik susah senang aku dan pengawas BERKAHWIN SEMASA BELAJAR.

nak join sekali tekan banner ye


___________________________________________________________________________________
________________________________________________________
_______________________________
___________
___

Awal tahun 2012 keluarga aku dan keluarga pengawas @ Akmal setuju benarkan kami berkahwin. yeah!  kami pun dah lama berkawan*dlm 3 tahun tambah-tambah pula masa tu kami sama-sama praktikal di Melaka. kalau dah duduk dekat tu kompemlah selalu jumpakan baik kahwin. kurang dosa tambah pahala. :)


                 bidang perguruan Vs bidang kejuruteraan


oleh sebab-sebab tertentu majlis pernikahan kami dijalankan pada hujung minggu je dalam bulan dua. boleh bayang tak masa tu dua-dua tengah sibuk dengan praktikal dan pada masa yang sama sibuk nak bernikah. hari Sabtu nikah, hari Ahad kemas-kemas sikit, hari Isnin dah balik rumah sewa masing-masing untuk praktikal. nasib baik rumah ibu abah aku di Muar dalam satu jam je perjalanan dah sampai Melaka.  





selamat semuanya



lepas kahwin kami duduk asing. aku menyewa dengan kawan-kawan aku macam tu juga Akmal dengan kawan-kawan dia.  hujung minggu baru balik rumah ibu abah di Muar. tapi biasalah pengantin barulah konon-kononnya rindu, bukan hujung minggu pun balik Muar jugak kadang-kadang. berulanglah kami dari Muar ke Melaka menghabiskan duit pada minyak kereta . kami nikan student masa tu macam-macamlah kata-kata sumbang yang aku dengar. bukan kami je family pun terkena tempiasnya. " anak belum habis belajar dah kasi kahwin'. 'menantukan tengah belajar lagi macam mana nak tanggung anak?'. time nilah kita akan sedar keluarga kita jauh lebih memahami daripada orang lain. sepanjang kami berkahwin ni belum pernah lagi kami rasa susah disebabkan duit. percayalah rezeki Allah yang beri.


ada juga kawan-kawan yang tanya tak susah ke masa belajar ni kahwin. nak luang masa untuk suami, nak belajar lagi, dengan praktikal lagi, assignment lagi. ha sebenarnya aku pun pelik juga sebab aku dan Akmal taklah pulak rasa terbeban malah dipermudahkan semua. Syukur. Tapi setiap yang dipermudahkan tu bukanlah senang-senang macam tu je. yang penting kena selalu give and take. contohnya setiap hari aku kena buat bahan bantu mengajar. bukan kejap nak buat semua tu. kadang-kadang tak tidur malam terutama bila esok pagi kena observe dengan pensyarah. kalau masa tu ada di rumah Muar Akmal pun konon-konon nak temanla pastu dia tertidurkan. yela dia pun penat siang hari praktikal bagai. takdelah aku nak touching2 ke ape sebab esok lusa aku pulak tertidur biarkan dia setelkan benda lain sorang-sorang.Oklah. Tapi ada juga benda yang kadang-kadang kita terpaksa minta pertolongan sesetengah pihak dan pihak tersebut tak sudi membantu. masa tu baru kita sedar tentang satu perkara yang orang selalu sebut. 'kawan waktu senang memang banyak tapi kawan waktu susah janganlah diharap'. akhirnya option kita adalah keluarga yang selalu ada untuk kita tak kira masa senang dan susah. ingat tu!




susah payah bersama. hehe ni projek aku masa praktikal tapi Akmal yang banyak tolong kalau tak, memang tak siaplah jawabnya teng-teng tu




satu kelebihan kahwin masa belajar nikan. aku jadi semakin pandai berjimat-cermat. tak tipu. biasanya duit alaun aku akan habis dalam masa 3 bulan. tapi Akmal pandai disiplinkan bini dia guna duit pada benda yang perlu sahaja.So untuk pertama kali duit alaun aku boleh bertahan sampai habis sem, 6 bulan tu. bagus tak. kami bukan tak berbelanja untuk diri sendiri langsung tapi pandai-pandai manage jangan sampai membazir. tu je sebab takut kalau ada hal yang tak diduga nanti takdelah terkial-kial nak korek sana sini. contoh perkara yang tak diduga tu adalah saman had laju. hehe aku terlaju sikit je pun habis RM 150. huhu


panjang pulak memori 2012 ni. ok takpe nak habis dah. oh lupa nak bagitahu yang tempat aku belajar tu poyo tak bagi student yang dah kawin mengandung. kitorang punyalah berjaga-jaga. Akmal kata takpe sabar-sabar. tengok2 bila aku dah habis belajar dia pulak terpaksa tinggalkan aku sorang kat Malaysia untuk sambung study. ha cuba kau fikir bila masa kami ada peluang nak berusaha untuk dapat baby .mungkin tu yang terbaik. Allah lebih mengetahui.*terlupa kejap



sekarang aku tengah cuti panjang. dapatlah melepas rindu sementara. nanti dah dapat kerja tak tahu pula apa cerita. berjauhanlah semula. berdoa setiap hari supaya dipermudahkan segala.




P/s :  kepada pihak penganjur, Ecah. sudilah membaca memori ni. terpanjang ek. (>__<)

kepada kawan-kawan yang di tag
selamat bersegmen!





11 comments:

  1. Nurul..semoga bahagia ye:)

    irah_ipkb

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan :)
    Myu singgah dari segmen yang sama ;)

    http://violetrosesmyu.blogspot.com/2012/12/segmen-memori-2012-terpahat-di-ingatan.html

    Semoga berbahgia hingga ke syurga :)

    ReplyDelete
  3. > tq irah.. :)


    > hehe ceqGu kawin awal juga???


    > selamat berkenalan myu


    ReplyDelete
  4. sweetnya cinta korang.. mmg pasangan ideal. sama cantik sama padan.

    ReplyDelete
  5. wah ! terliuq nak kawen jugak . hahaha , gurau jee ;)

    ReplyDelete
  6. salam.. akak study ipg ke? cikgu tuh.. cikgu math ke? ecah pon bbakal cikgu math insyaAllah.. ehehe.. semoga berbahagia selalu ye..
    anyway, tq sudi join segmen ni ye..

    jom terjah memori 2012 kawan-kawan lain pula ya.. http://pon2ecah.blogspot.com/2012/12/senarai-peserta-segmen-memori-2012.html

    ReplyDelete
  7. > tq hnahdy :)

    > hananhadila baru habis PMR kena tggu dulu..SABAR (>__<)

    > selamat habiskan belajar di IPG ecah!

    ReplyDelete
  8. selamat bersegmen..ana baru perasan kena tag..spantas kilat ana akan buat

    ReplyDelete