Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 12, 2012

Keliru 1

bismillahirrahmanirrahim...


masa on the way balik dari rumah mertua ke rumah ibu cuti bulan 9 hari tu tiba-tiba telefon berbunyi.... 

pakcik X :  Assalamualaikum..
wife         :  Waalaikumsalam... ye siapa ni??
pakcik X :  ini cikgu Akmal ke??? saya ni pakcik kepada M****. 
wife         :  ye saya. kenapa pakcik?
pakcik X :  ini pakcik nak bagi tahu yang M**** dah meninggal baru tadi lepas zohor. sekarang jenazah dah ada di rumah.

wife terkejut terus pandang husband sambil fikir2 siapa M**** ni. macam x kenal je. pas handset kat husband

husband  :  Hello. pakcik nak cakap dgn siapa ye. 
pakcik X :  ni ha nak bagitahu pada cikgu Akmal pasal kematian M****. Jenazahnya dah ada di rumah.
husband  :  rumah di mana? 
pakcik X : di Bandar Baru Uda. 
husband  :  (kerut-kerut dahi fikir siapa M****. macam tak kenal jugak.) em kejap ye, pakcik ni mungkin salah orang ni. (pas balik handset kat wife.)
wife        : em pakcik ni siapa nama ye? cikgu Akmal yang pakcik cari ni lelaki ke perempuan (dua-dua orang yang dalam kereta ni nama Akmal. dua-dua pun ada kaitan dgn cikgu. wife masa tu guru pelatih. husband pula memang dipanggil dengan nama gelaran cikgu sbb dulu nak jadi cikgu tp xdapat)
pakcik X  :  ni pakcik B******. pakcik nak cakap dengan cikgu Akmal. Cikgu Akmal tu perempuan. Dia  kawan dengan M****.
wife         :  em saya memang cikgu Akmal tapi saya tak kenal M****. saya rasa pakcik salah nombor ni. 
pakcik X  :  yeke (terdiam). em takpelah kalau macam tu. Assalamualaikum.
wife        :  waalaikumsalam.

letak fon sambil tengok husband. dua-dua berfikir siapa M****. lama jugak fikir tapi rasanya memang dah sah pakcik tu salah nombor. maaflah pakcik, kami memang betul2 tak kenal siapa M****. 









No comments:

Post a Comment