Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 20, 2012

cerita seram ibu abah

bismillahirrahmanirrahim....







pepagi tadi saja ikut ibu abah pergi KL. sebelum balik ibu nak singgah Alamanda. masa lalu satu jalan kat Putrajaya tu tiba-tiba abah cakap dia teringat satu kisah bila lalu jalan tu. ceritanya macam ni.. dulu first time abah pergi Putrajaya masa tu  Putrajaya baru siap. jalan raya pun ada lagi yang tak ada signboard. abah memang pening-peningla cari jalan kat situ lagi-lagi masa tu dah malam. ibu kat sebelah yang konon-konon macam co-pilot sama-sama tolong pilih nak masuk jalan yang mana. agak-agak dah setengah jam main pusing-pusing, abah n ibu terperasan sesuatu yang pelik. "eh bang, dah banyak kali kita nampak orang baju oren tu. tadi ada kat jalan sana macam mana boleh ada kat sini pulak." abah buat-buat cool terus jalan. tiba-tiba." ah sudah, jumpa lagi orang baju oren ni. apa dia buat kat tepi jalan gelap ni sorang-sorang". takpe-takpe abah tekan minyak kuat sikit buat tak tahu. 5 minit kemudian tengok-tengok jumpa lagi pakcik baju oren tu!!! pakcik tu siap tengok-tengok ibu abah dalam kereta. bulu tengkok pun dah naik rasa semacam jekan. perasaan cuak n takut dah bercampur-baur. abah cepat-cepat tinggalkan tempat tu dan bernasib baik jumpa satu kedai makan  yang ada ramai orang. ibu abah turun kereta pekena teh panas untuk tenteramkan perasaan. 

bila hati dah tenang abah tergerak nak tanya mamak kedai tu pasal jalan kat situ. mamak tu pun storylah dengan panjang lebar. last-last dapat kesimpulan jalan yang abah lalu tadi tu roundabout rupanya. mana pernah jumpa roundabout besar macam kat putrajaya tukan.  selama hampir sejam ibu abah dok pusing roundabout tu je rupa-rupanya. pasal tulah boleh jumpa pakcik baju oren tu banyak kali. ayoyo!!! agaknya pakcik baju oren tu pun pelik apahal la kete ni main pusing-pusing kat roundabout malam-malam ni.  eh pakcik,  kenapala malam-malam baru nak kutip sampah kat situ.. suspen je...


roundabout terbesar di malaysia
sumber gmbr google


tukang karut cerita seram




Bamboo Walk Alamanda







No comments:

Post a Comment