Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, August 4, 2012

yang selalu kita buat

Assalamualaikum.....

hari ni dah masuk ramadhan yang ke 16. kejap je rasa macam baru semalam puasa.aku tengok ramai orang suka pergi tarawih. x kira yang tua ke yang muda ke yang budak2. Alhamdulillah sejuk perut ibu mengandung. kalau dah tarawih kat masjid mestilah berjemaahkan. imam kat depan makmum kat belakang dalam saf masing-masing.masa kat sekolah dulu tiap kali nak solat selalu ditekankan untuk merapatkan saf. tapi apa yang aku perhatikan kat masjid atau surau kita selalu sangat x merapatkan saf.bukan masa solat tarawih je waktu solat jemaah lain-lain pun sama juga. kenapa mesti macam tu. oh orang sebelah tu bukan kawan kita. kita xkenal siapa solat sebelah kita jadi segan nak solat rapat-rapat. bukan ke bila kita merapatkan saf kita boleh eratkan silaturrahim. lutut dan kaki kita boleh berkenalan dengan lutut dan kaki orang sebelah. bahu kita boleh berkenalan dengan haba badan orang sebelah. xpayah nak susah-susah susun kata salam perkenalan. rapatkan saf dah cukup untuk tambah kenalan. :)



ini yang selalu kita buat



sepatutnya kita buat macam ni



setan gomok dan keding tolong isikan saf ikut saiz badan masing2


xnak kena kepit dengan setan macam tu. lebih baik kena kepit dengan manusiakan daripada kena kepit dengan setan. renung-renungkan dan selamat beramal. (>_<)




Meluruskan dan merapatkan saf (barisan) dalam solat berjamaah adalah merupakan suatu hal yang sangat diperintahkan (dituntut), sebagaimana di dalam hadis Nabi s.a.w., (maksudnya), “Luruskan saf-mu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat”.
 (Hadis Riwayat Muslim, no. 433)





p/s : sumber gambar drp Google.



No comments:

Post a Comment