Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

pentas dunia

assalamualaikum....


pagi tadi empat mata ini menyaksikan seorang nenek mencium buku akaun banknya.. kulihat dan kudengar nenek itu berkali2 mengucapkan kalimah Alhamdulillah.. hatiku agak tersentuh.

sebelum kejadian....
seorang makcik yang ku kira dalam lingkungan umur ibuku menyapa dan memeperkenalkan diri sebagai kak bainun.. beliau bercerita tentang tujuan beliau ke bank tanpa kupinta...apa yang dpt aku simpulkan drp cerita kak bainun, beliau menemani makciknya utk mengeluarkan wang kebajikan yang diperolehi setiap bulan. makcik beliau seorang ibu tunggal yang buta huruf dan kehidupannya bergantung kpd wang ehsan masyarakat. aku lebih banyak berdiam dan memilih untuk menjadi pendengar y baik kpd kak bainun.

perkenalan singkat itu buat aku sedar dan berasa amat bersyukur sbb aku dikurniakan jalan hidup yang jauh lebih baik nak dibandingkan dgn nenek tersebut. sedangkan ramai lagi insan diluar sana yang hidup dalam kesusahan sebaliknya aku dpt merasai kehidupan yang serba lengkap. walaupun bukan sebagai seorang yang kaya raya dan hidup dalam kemewahan tp aku masih beruntung menjadi seorang yang sederhana.aku masih punya keluarga dan ibu bapa yang mampu menampung keperluan hidup kami adik beradik.mungkin itu ujian yang telah ditetapkan Allah buat hamba2Nya.aku juga pernah dgr ibu kata begini "mungkin itu bahagian mereka, bahagian kita lain pula". huhu betul2 rasa besyukur tersangat amat ni.jomlah kita sama2 berusaha dan sentiasa redha dengan ketentuanNya.Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita.:)




pg td menghantar ini dua budak cek gigi...follow up braces



insyllh isnin dpn kakak mereka juga akan ikut jejak dua budak itu untuk 1st appointment braces...teehee....niat pakai braces utk bakal suami boleh diterima x agak2...








nota : perlu tidur awal. esok akan ke sekolah ibu utk buat mural..huk3




No comments:

Post a Comment