Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 27, 2010

terima kasih


salam alaik...


next week akan bermula minggu peperiksaan. sejak dulu hingga sekarang aku punya satu masalah besar bila untuk mendapatkan mood study. semua orang dah memulakan langkah beberapa minggu sebelum. sedangkan aku masih dibelakang berdiri pada tempat yang sama. masih bersenang lenang , leka dan lupa akan pesanan ibu untuk melihat aku perbaiki kesilapan lepas. aku tahu ibu sangat kecewa dengan keputusan peperiksaan 4 tahun lepas yang ala kadar itu. aku tahu aku gagal memuaskan hati ibu. aku tahu ibu kesal dengan kesilapan yang aku buat dahulu. setiap saat aku dpt melihat riak kekesalan diwajah ibu. mujur naqib berjaya mengubati luka di hati ibu dan aku terpaksa akur dengan keputusan ibu agar aku meneruskan kesinambungan bidangnya sebagai seorang guru.

aku redha. cuma sekali dua menangis dalam hati kenapa mesti dihukum sebegini. ini bkn jalan y aku ingini. tapi benar kata orang masa akan mengubah segala. sedar x sedar aku akan bergelar sebagai seorang guru mulai tahun hadapan walaupun cuma dalam tempoh praktikum.dan rupa-rupanya perasaan untuk berada di hadapan kelas itu sgt menerujakan. aku rasa x sabar. terima kasih ibu. aku menyedari sesuatu hari ini. seorang ibu itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat anaknya. terima kasih sekali lagi ibu.



I'm small....itu aku. siapa tahu akn dtg aku lebih besar drp ibu. :)


oh tertarik untuk berkongsi kata-kata seorang teman disini.....
"semua orang aku tengok rajin sangat..dan aku juga mesti rajin.....inilah kehidupan..jangan biarkan diri kau kebelakang apabila orang lain sudah berlari pecut dihadapan...macam orang-orang selalu pesan..jangan mengalah sebelum berjuang.....even kau rasa kau bakal kalah pon..teruskan perjuangan sehingga tamat...lepas tuh baru kau nilai pencapaian kau......"
teman yang berkata-kata ini adalah seseorang yang aku rapat. sejak di sekolah hingga kini aku mengagumi semangat beliau dalam mengejar ilmu walaupun diri sentiasa diduga.aku tahu dia kuat. terima kasih juga buat kau teman.




nota : berharap agar dpt mood study cepat.

No comments:

Post a Comment