Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, September 18, 2010

kenangan terindah di hari raya


salam alaik....


syukur alhamdulillah sbb aku n family dah pulang ke rumah dgn selamat setelah beraya di pahang. act aku n family beraya di tempat yang kami pernah tinggal zaman aku kecik2 dulu di ulu tembeling. masa tu ibu n abah dipostingkan di kawasan pedalaman pahang. disebabkan atuk belah abah dah xda jadi kami pun menumpanglah beraya di kampung orang. perasaan bila nak blk kampung memanglah seronok yang teramat. xdpt nak digambarkan betapa gumbiranya hati kami semua.tambah pula kami dah lama x merasa suasana pulang ke kampung yang jauh berbatu2. best best best best beeesssstttt sangat. sungguh aku x tipu. heeee so skarang xnak ckp byk dah .jom tgk gambar2 yang aku dpt snap sepanjang beraya di sana.




ni pakcik aku tgh sibuk bakar lemang di malam raya



oh abah sempat ber'peace' bila gmb disnap. oh ibu berbaju merah pula trpaksa di'crop' disini. :)




RAYA PERTAMA (lubuk paku, maran)



pagi raya di rumah makcik




ini kazen nama husna.





RAYA KEDUA (kampung pagi, ulu tembeling)




sempat makan asam pedas siakap yang pakcik aku tangkap sebelum bertolak ke ulu tembeling




mudik ke kampung pagi. pemandu bot dibelakang tu ckg taw. teror bwk bot tuh




jeram panjang y terpaksa ditempuh



setibanya di kampung




nak pergi beraya ke rumah tok empat(penghulu)



makan buah puas2 di rumah orang kampung


nak pergi ke lubuk utk pilih ikan




xtahu nak pilih ikan yang mana



akhirnya talapia jadi pilihan




nak balik semula ke kampung. semua dah keletihan



iqbal n anak murid ibu


RAYA KETIGA (kampung pagi,ulu tembeling)



jaga2 ada pacat..heee otw nak pergi melawat orang meninggal



abah (bj kuning) beri penghormatan terakhir utk arwah aki nipah..huhu




jambatan gantung ni masih ada sejak zaman aku kecik2 dulu.




jenazah dibawa ke perkuburan dgn bot




masih ada yang hidup dgn sgt simple. blakang tu rumah ye




ohoo naek pajero utk pergi berkelah. masa aku kecik2 dulu xmerasa pun ada jalan darat. semua kena naik bot. now dah mula ada kemajuan walaupun jalan tanah merah :)




motor nak lalu air ni. mmg adventure




hee ada nampak org kecik sikit tu kan. dia tgh tolak motor utk seberang anak sungai.




tiba di tempat berkelah terus cari ikan. jgn x tahu, diorang ni teror tangkap ikan pakai tangan taw. dioarang panggil teknik tangkap ikan ni 'medak.' xyah susah2 nak pakai alat2 menangkap ikan.heee





aku n adik xlepaskan peluang belajar menjala. best wo





heee..ni kucing orang kampung. dia ank yatim. huhu menumpang kasih dgn manusia




hehe... ketiak pn jadilah..



RAYA KEEMPAT (kampung pagi,ulu tembeling)




haaa...nila kuarters guru yang kami sekeluarga pernah duduk satu masa dulu. masih kekal disitu




ni wan embong, dia yang jaga kami adik beradik kecik2 dulu.heee




sedih2....bila pula boleh berjumpa lagi




"cikgu2!! tggu jap ni mokyang nak turun"





jumpa lagi ye!!!! huhu tiba2 mcm sebak masa nak balik





ohooo seronok kena siram dek air jeram





panas2...dah terbakar da ni.




dapat bekalan tempoyak utk setahun




dan madu lebah tualang. ni kalau beli kat muar ni mau dlm rm 200 lebih2.




penuh dgn gambar je entry kali ni. sj nak kongsi dgn semua. pengalaman beraya di kampung pagi memang seronok. itu pun masih xsempat nak singgah semua rumah. mungkin lain kali kena ambil lebih hari baru boleh puaskan hati semua. ayat yang byk kali dituju tp ibu n abah xdpt nak jawab semua ;


> cikgu, makan malam di rumah komelah mlm ni ye
> cikgu, dok naik rumah kome pon
>cikgu, tidur rumah komela mlm ni ek
>cikgu, bila pula nak dtg sini lagi
>cikgu, xyah balik dulula. tinggal sehari dua lagi


huuu best sebenarnya posting kat kawasan pedalaman ni. orang kampung semua baik2. guru dipandang tinggi. heee tp xbermaksud aku dah ready nak kena hantar ke pedalaman ye...belum lagiii...huhu


sekian...:)





1 comment:

  1. bestnye......org 1st komen...he2...

    ReplyDelete