Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 8, 2010

sarapan pagi di waktu tengahari




sudikah awak jadi teman sehidup semati saya???aww..bahagianya rasa bila ada seorang jejaka tampan datang kepadaku sambil menghulurkan sebentuk cincin berbentuk hati berwarna putih. kaki ini seolah2 tidak lagi berpijak di bumi yang nyata ditambah pula dengan bunyi deruan ombak pantai yang menghidupkan suasana romantik ala2 jiwang gitu. dalam diam si dia menyarungkan cincin tersebut terus ke jari manisku dan cuba membisikkan sesuatu ke telingaku "kakaaakkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!. amboi2 anak dara sorang ni tidur smp ke tengahari ea." alamak kacau stim betulla ibu ni. abes bersepai angan dalam mimpi yang selama ni aku tunggu2.kalau ye pun tunggulah jap aku habiskan drama sebabak kat tepi pantai td. hurm bermimpi di tengah hari rupanya. apa lagi, ibu pun memulakan serangannya bertubi2 keatas aku.suaranya seperti ada satu kuasa aneh yang boleh menggegarkan sel2 otak (mentang2lah pegang guru disiplin kat sekolah tu pasal suara baik punya). cepat2 aku sarung cermin mata dan pandang ke dinding.hoho jam sudah menunjukkan 11.30 pagi rupanya. selayakyaknyalah aku dapat serangan ibu tadi. langkah cepat2 ke bilik air utk basuh muka dan gosok gigi.

'kak goreng cekodok jap. ada pisang kat dapur tu takut nanti busuk pula.da masak sgt tu' tiba2 je abah jerit dari belakang rumah. aku memang anak yang mendengar kata. apa yang disuruh buat aja (padahal dah rasa bersalah bangun lambat..heee) "kita minum kat luarlah. kat meja belakang tu ok. buat air sekali."ibu pula yang bagi arahan selanjutnya.aku masih tetap akur.

ibal, saufi, jom kita sarapan pagi di waktu tengahari!.ibu dah sedia duduk di meja tempat kami biasa minum2 petang di sudut belakang rumah. "jemputla ye. ini je yang ada.heee," aku bawakan air dan cekodok goreng td bersama roti dan biskut sekali.hehe xtawla sarapan ke minum petang ke. cuaca macam baru pukul 7 pagi jd xsalahlah aku buat macam sarapan pagi.

ibu : rumah kita ni jauh daripada orang tenang sikit rasanya.
aku : betul2. nak keluar rumah pun xpayah nak kena sarung tudung.
ibu : aah nak pakai baju tidur keluar rumah pun boleh.(sambil menjeling kat aku)
aku : ai perli nampak (berkata dalam hati)
abah : kak, buah naga tu banyak da berbuah. pergilah ambil.
aku : nak petik macam mana??pulas je ea??
abah : aah. nak pakai pisau pun boleh.
aku : okey.(terkedek2 berjalan ke pokok naga yang berbuah)


buah naga yang telah ditogelkan olah abah


cantik sgt bunga pokok naga.hari



buah yang masih muda



buah yang sudah masak

heee..hari ni baru perasan kecantikan pokok naga. sarapan pagi diwaktu tengahari dengan buah naga yang manis. nyum3...


2 comments: