Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, June 19, 2010

pilih pengapit dulu ye


salam alaik


minggu lepas aku n family ke perak utk hantar pengantin perempuan (dua pupuku) kpd keluarga barunya. nak dijadikan cerita, sebelum berangakat aku dimaklumkan utk ganti tempat pengapit coz baju yang ditempahnya rosak gara2 aunty cina kedai jahit tu xpakai spec masa menjahit (agaknyalah).pengapit asal adalah adik kpd pengantin perempuan telah mengamuk dan merajuk xnak jd pengapit sbb baju glamornya da xjd glamor mcm yang dia nak..hehe so aku pun dgn rela hati ganti tempat beliau n sebat jela baju hijau y ada dlm almari baju aku utk dipakai waktu majlis nanti. kenapa hijau sbb pengantin yang nak kaler tu.huhu

ketinggian aku ialah 149 cm manakala pengantin perempuannya pula dlm 160 cm dan lebih. boleh bayangkan x mcm mana ketaranya aku bila berada disebelah pengantin.tp nasib menyebelahi aku bila pengapit lelakinya juga ala2 rendang gitu. jadi tertutuplah sedikit keketaraannya disitu. masalah lain pula timbul bila tiap kali nak bergambar kak pengantin mesti ckp' dik tinjet sikit dik'. okes utk pengetahuan kak pengantin saya da pakai heels paling tinggi dlm dunia da xboleh nak tinjet lg. nilah yang paling tinggi saya boleh.huhu..



pengantin terpaksa tunggu jemaah kompang y lewat


bab lain pula time nak berjalan sambil bawa payung. kak pengantin berkata lagi 'dik angkat payung tinggi sikit dik'. payung punyalah berat. almaklumlah payung pengantin penuh dgn batu2 keemasan gitu. aku rasa jauh je nak sampai ke pelamin coz jalan sikit berhenti byk utk ambil gambar.sampai satu ketika tu aku terpaksa pegang payung dua belah tangan sbb terlalu lenguh dan hampir nak krem.huuuuu


gazebo bertemakan taman


mcm biasalah tugas pengapit mestilah di sisi pengantin bila diatas pelamin. tapi aku dimaklumkan oleh pengapit lelaki bahawa kami tidak perlu naik ke pelamin bersama kedua2 mempelai.katanya gazebo tu kecil dan takut roboh kalau 4 org naik.jd aku pn xdelah nak naik dgn pengantin.tp aku kesian tgk muka pengantin berpeluh2 sambil memandang aku dgn harapan supaya si pengapit boleh tolong lapkan peluh yang mengalir.mungkin takut make up cair walaupun kulit muka kak pengantin xperlukan make up y tebal itu. aku cuma mampu hulurkan tisu kepada en.kamera man dan meminta beliau utk lapkan peluh pengantin dari tepi gazebo.hehe bukan aku xnak buat sendiri tp seperti sedia maklum ketinggian membatasi segala2nya..huhu



adat membaling gula2 dan duit


kejap je tugas pengapit ni.selesai bergambar dan bersalam2 aku n family pun berangkat pulang. semasa dalan kereta ibu berkata 'kak perasan x ada perempuan pakai baju sedondon dgn pengapit lelaki td. ibu rasa tu awek dialah. dok berkepit je sampai lelaki tu nak buat kerja pun susah.' oohoo patutlah kejap je nampak dia td rupanya da kena kontrol ngan awek.aih xkan takut kena kebas kot. kalau tahu mcm tu sape suruh kasi buah hati jd pengapit.barulah aku paham kenapa si pengapit lelaki tu td kata kami xperlu naik pelamin dgn pengantin.da kena warning dgn awek rupanya...hahahaha kalau betul gazebo tu xmampu nak tampung 4 org kenapa orang lain boleh pula naik dgn selamba n bergambar dgn pengantin lagi. huhu


jadi dpt disimpulkan disini para pengantin perlu memilih pengapit yang mempunyai ciri2 berikut :
> sama ketinggian atau lebih daripada pengantin (utk memudahkan tugas pengapit disamping mencantikkan gambar sekiranya pengapit ada disisi)
> single atau sekiranya pengapit sudah ada buah hati perlulah tidak membawa buah hatinya bersama2 sewaktu majlis berlangsung (utk mengelakkan berlakunya kecurigaan yang terlampau dalam hati si buah hati tersebut)


2 comments:

  1. sgt stuju ngn tips tersebut!!! :D zai jadi pengapit kakak fad, tapi tibe2 spec ilang...

    jadila pengapit yang bute sekejap.

    sampai langsung tak ingat muka pengapit lelaki. HAHAHAHA

    boleh tambah tips satu lagi, pakai contact lens. :D

    ReplyDelete
  2. hahaha...kronik gak tu..

    leh jd lg satu tip ; si pengapit haruslah memakai spec / lens sekiranya mengalami mslh rabun..:)

    ReplyDelete