Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 22, 2010

1 kg besi dan 1 kg kapas yang mana lebih berat????


salam alaik..

dua hari ditinggalkan bersendirian di rumah. abah pulang jam 1 ptg manakala ibu jam 2 ptg. dua orang guru yang tidak pernah jemu mendidik anak bangsa sehingga lahirlah jutaaan tokoh dan golongan profesional yang berwibawa. maka masa2 bersendirian diisi dengan meneroka mimpi2 indah di kamar juga menyandang tugas sebagai suri rumah separuh hari.


suri rumah x boleh lari daripada memasak. x kiralah masak nasi ke megi ke goreng telur ke. itu semua dikira memasak jugakan.dalam byk2 jenis tu aku plg suka nak buat sambal belacan sbb ia sangatlah sedap. bak kata atuk xde belacan xde umph.aku teringat balik satu masa dulu abah pernah bagitau cara nak buat sambal belacan y umph mcm atuk ckp tu.


tgk pun da cukup mengancam


'kuantiti cili dengan belacan kena sama banyak' kata abah. "oo sama banyak tu maknanya cili tu disusun rapat2 sampai jadi sama besar dengan sambal belacanlahkan?"aku bertanya."haha ada pula mcm tu. cili tu kan berongga dalamnya tp belacan padat isinya.samalah juga macam cerita 1 kg besi dengan 1 kg kapas. besi kecil dan berat, kapas kembang dan ringan. tp cuba kapas tu dimampatkan jd sama kecil mcm besi tentu berat kedua2nya sama bukan. mcm tu lah juga dengan sambal belacan. cili perlu ditumbuk lumat dahulu baru boleh diukur kuantitinya."abah menjelaskan dengan panjang lebar.


hasil penerangan yang panjang lebar daripada abah tulah yang jadikan sambal belacan aku sgt umph sampai sekarang (perasan xpe janji tekak aku kata sedap ^_^).dan aku sedar teknik itu bukan je boleh gunakan dalam sambal belacan tp juga dalam kehidupan yang melibatkan ramai teman, sahabat dan keluarga.faktor luaran tidak bolah dijadikan ukuran semata-mata tanpa mempertimbangkan faktor2 lain yang berkaitan.


heeee....sampai cini dulu. periuk, kuali, senduk, sudip dah memanggil2 di dapur.aish rindu akulah tu..heeee




No comments:

Post a Comment