Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 4, 2010

pelancaran 1Malaysia (^_^)


Hari ni YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak datang melawat Melaka dengan isteri, Datin Rosmah Mansor. Beliau merasmikan Dataran 1Malaysia di Pantai Klebang sekaligus melancarkan Program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Melaka . Dataran itu bakal menjadi kawasan rekreasi baru untuk penduduk dan pelancong luar yang datang ke Negeri Melaka dengan dibina berkonsepkan taman dalam bandar.

kalau x silap aku ni program kali kedua '1Malaysia Bersama Rakyat' dilancarkan secara rasmi yang mana program pertama diadakan di Perak tahun lepas. makanya batch aku n batch junior jd insan terpilih utk pergi ke majlis perasmian tersebut. kami semua diberi kad jemputan setiap seorang dan ada no cabutan bertuah kat kad tu.haha adiah utama menarik gak bila dapat viva. tapi kebarangkalian nak jd yang bertuah tu mmgla sikit bila jemputan lbh kurg 50 ribu lbh. kalau congak2 adala dlm 0.002% je peluang nk dpt viva.

nak dijadikan ceritanya, kami berkumpul di kawasan Kampus Bandar Universiti Tekologi Mara jam 3 ptg. mmg berpeluh bila terpaksa pakai baju batik IPG yang xberapa nak cantik (cam baju batik time aku sek men dulu je) ditambah pula berjalan di bawah pancaran terik sang matahari. YAB tiba lbh kurg jam 4 stgh ptg dan menyampaikan sepatah dua kata sebelum beliau pergi ke Kampung Morten, Sungai Melaka dan Jonker Walk. majlis kat kawasan UITM berakhir dgn persembahan pelajar UITM sendiri (laki ada pompuan ada yang separuh2 pn ada buat persembahan berbentuk nyanyian).

agenda seterusnya kami akan bergerak ke Pantai Klebang jam 6 ptg. tapi aku n beberapa kawan aku mula fikirkan sesuatu yang lbh menarik drp Pantai Klebang.otak yang x berapa nak betul disebabkan waktu tidur yang terganggu mula berdenyut2 keluarkan idea dan terbinalah perkataan 'escape'. idea terbaik setelah beberapa otak bergabung dlm perbincangan meloloskan diri dari Pantai Klebang.sepantas kilat handset didail dan pakcik kereta sapu tiba utk mengangkut kami pulang. yeah...seronok!!!!yeaba2.

aku dengan rasminya melancarkan program tidur di petang hari sempana meraikan kejayaan kami meloloskan diri drp dibawa ke Pantai Klebang. hehe masyuk betul bila dpt tidur atas katil tanpa sebarang gangguan mana2 makhluk asing.

No comments:

Post a Comment