Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 10, 2010

b@stian HouSe

salam alaik...

jom ramai2 kita pergi ke bastian house berdekatan dgn Kota A'Famosa, Melaka
ada byk muzium tinggalan sejarah kt sana
tp satu ni je yang aku nk cerita hari ni
yg special itu adlh TORTURA2 Exhibition

'TORTURA2 ialah satu-satunya pameran yang menunjukkan hukuman yang digunakan di era zaman pertengahan; dimana pada ketika tu mereka didenda berdasarkan pendapat, keturunan, agama, bahasa, status sosial, jantina dengan cara yang mengerikan. atau pendek kata pameran alat2 penyiksaan manusia era zaman pertengahan eropah.'

WAKTU PAMERAN : 10 PG - 6 PTG (WEEKDAYS)
10 PG -7 MLM (WEEKENDS)
TIKET : DEWASA - RM 10 & KANAK2 -RM 5


mula2 ramai clasmate aku nk pergi
tp last2 tgl 3 ketul je y tegar
mereka2 yang tegar itu jatuh kepada....
jeng...jeng...jeng


Fathiah,aku ,Shasha



ok2 now aku nk kongsi serba sedikit gmb2 menarik yang ada



(sangkar maut)
pesalah digantung smp mati .leher diikat dgn besi spy mayat berada dlm kedudukan tegak & dijadikan tatapan umum




(alat penghancur kepala dgn skru & penutup kepala)
dagu mangsa akn diletakkan di posisi plg rendah, kemudian penutup kepala akn diputarkan kebawah.bhgian pertama y akn hancur ialah gigi kemudian sendi sekaligus hancurkan tulang2 sekelilingn
ya.



(gergaji /the saw)
mangsa digantung secara terbalik bg memastikan oksigen smp ke otak mencukupi & masih dlm keadaan sedar sehingga gergaji samp ke pusat.



(Juda's Cradle @ buaian Yahuda)
mangsa diletakkan ditgh2 penjuru tajam dimana berat badan akan menjadi punca kesakitan apabila penjuru tersebut mengenai dubur atau kemaluan mereka semasa dibuai.




(kerusi soal siasat)
semasa pesalah disoal siasat mangsa diikat dengan besi diatas kerusi yang diselaputi paku-paku tajam yang telah dipanaskan dgn bara.





(pemenggal kepala)
kapak digunakan sebagai pemenggal kepala pesalah. alat ini hanya digunakan keatas pesalah golongan atasan sahaja.




(pemisah lutut)
alat ini digunakan utk mence
derakan pesalah dibahagian lutut dan siku dgn memisahkan tulg2 dibahagian tersebut



(wanita besi)
mangsa akan dimasukkan ke dlm dan pintu akn ditutup secara perlahan2.paku akn mula menusuk ke perut,dada,pundi kencing,mata,bahu dan punggung. biasanya mangsa tdk akn mati mati serta-merta tp beberapa hari selepas mengalami kecederaan y amat sengsara.




tulah dia beberapa gmb yang aku boleh kongsi kt blog ni
pameran ni ad tarikh luput tau
iaitu drp 13 Nov 2009 - 28 Feb 2010 shj
sbb mereka akn bawa pulg bahan2 tersebut ke belanda semula
so kpd siapa2 y berminat nk tgk sndri pameran ni silalah rebut peluang y ada
pameran ni bkn sj2 dibuat tp
utk menunjukkan betapa beruntungnya nasib kehidupan kita
pada ketika ini dan era kebebasan
dlm percakapan, keagamaan,bahasa,status sosial dan jantina.
melihat kembali zaman kegelapan itu menyedarkan
kita akan kejahilan dan kesalahan manusia y perlu diperbaiki.


ops..
heee sblm tu kami bertiga sempt juga singgah
ke Muzium Dunia Melayu Dunia Islam
xbez sgt pn muzium tu tp ttp menarik
wink3 (@_@)




No comments:

Post a Comment