Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 21, 2009

bumi ohhh...

sekian lame x isi entry...kesibukan melanda hingga lupa tentang keadaan sekeliling yang semakin tercemar dan menuju pengakhiran. tiba2 isu bumi yang tenat ditimbulkan dlm kelas Dr. TAn td...sebak dan insaf menusuk ke kalbu menyedari kesilapan dan kealpaan diri mengabaikan bumi malah menambah kesengsaraan tanah yang kudiami sejak dr kecil. amanah kita sebagai khalifah yang mentadbir bumi tidak diendahkan disebabkan kerakusan mengejar kemewahan dan kesenangan. dimana hilangnya rasa cinta dan sayang akan bumi yang selama ini banyak berbakti pada manusia yang dulunya cuma sebiji benih yang diamanahkan untuk melindungi bumi. wawa berdrama pule...heee..em tp mmg sedih betul bila fikirkan keadaan bumi kita sekarang. so jom kita sama2 slamatkan bumi dengan:

1. kurangkan penggunaan polistrin dan plastik.
2. kurangkan makan daging lembu.kajian ada membuktikan bahawa 1 kg daging yang kita makan menyamai dengan pembebasan gas kenderaan yang dipandu selama 3 jam. cuba bygkan kalu satu hari 100 ekor lembu dimasak sbg hidangan berapa bykkah pencemaran yang kita lakukan.
3. kitar semula bahan2 terpakai.
4. berkongsi kenderaan atau menggunakan perkhidmatan kenderaan awam. boleh kurangkan pencemaran udara malah boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas juga.
5. jadikan hobi tanam pokok dihalaman rumah. even xbyk tp masih dpt membantu mengurangkan suhu bumi.
6. elakkan penggunaan air-cond.

semua yang tersenarai kt atas xssh pn nk buat. muhasabahla diri kita semua. tanpa bumi tiada kehidupan.


No comments:

Post a Comment